Assalamu’alaikum…

Kali ini kisah saya kongsikan resepi masak guna cekur. Jarang orang melayu yang masak mengunakan cekur atau kencur dalam bahasa jawa. Sebab bau aroma yang kuat dari cekur itu tadi buat orang jawa sudah biasa. Cekur diminati lebih lagi bila masak lemak cili padi dan akhir sekali tambah cekur untuk tambah aroma wangi dan hilangkan rasa hanyir ikan. Saya kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting insha Allah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Ikan keli mesti dibakar dahulu hingga masak baru boleh masak lemak cekur yang sangat sedap bila dimakan. Boleh juga nak masak cekur guna ikan salai dan dibawah bahan dan resepi serta cara buat masak lemak cekur resepi dan masakan makcik saya. Tapi untuk kali ini saya goreng je ikan keli tu… Sila kan lah mau pilih yang mana sesuai selera masing-masing.

Okey.. Resepinya mudah saja. Mula-mula kita perlukan ikan keli, or jawanese speak, iwak lele. Saya gunakan dalam 4 ekor ikan keli, sesuai untuk seisi family. Apa lagi?.. jom kita kedapur dan ikuti langkah langkah berikut untuk menghasilkan ikan keli masak lemak cekur ini dengan jayanya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ikan keli
  • Asam jawa
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (saya guna 1/2 biji bawang besar)
  • 4 biji cili padi (mengikut citaras pedas masing-masing)
  • Setengah genggam kencur/cekur
  • Setengah genggam ikan bilis direndam (saya guna kiub je..)
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 helai daun limau purut
  • Air asam jawa secukupnya (saya guna asam keping)
  • Garam secukup rasa
  • Air

Cara-caranya:

  • Bersihkan ikan keli dengan menggunakan asam jawa untuk membuang lendirnya. Kemudian kelar-kelarkan ikan keli tu..
  • Lumur ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit..
  • Goreng/ bakar/ panggang ikan keli tersebut (saya goreng je…)
  • Ketepikan dulu ikan keli yang telah dibakar tu ye..
  • Tumbuk bawang, ikan bilis, cili dan kencur (jangan malas-malas pastu blend ye.. mesti rasa tak best..)
  • Jerang semua bahan tumbuk dengan sedikit air hingga menggelegak. Masukkan garam secukup rasa..
    Setelah mengelegak masukkan santan pekat, air asam/ asam keping dan daun limau purut. Pastikan api tidak terlalu besar dan kuah sentiasa dikacau..
  • Setelah santan menggelegak, masukkan ikan keli..
  • Biarkan sampai kuah pekat, lepas tu matikan dan siap dihidang..

Tips Basuh Ikan Keli Supaya Tak Hanyir:

  1. Sebelum basuh biasanya saya akan hiris dulu bahagian telinga, dekat area duri kiri kanan kepala dia tu, betul-betul bawah pada duri tu. Hiris sikit dan keluarkan ketulan darah kat bhagian dalamnya. Mak saya penah ajar dia kata benda ty (ketulan darah) tu yang buat ikan hanyir.
  2. Biasanya saya akan basuh ikan yang berbau macam ni terutama ikan sungai dengan asam jawa dengan garam sikit. Saya lumur dulu dengan asam jawa dan garam, lepas tu saya biarkan kejap dalam 10 minit macam tu baru basuh bersih-bersih.
  3. Lepas tu baru letak garam, kunyit dan goreng.

Done. mudah bukan? so boleh lah mencuba dan share resepi ni dengan kawan kawan..

Read More: Resepi Pais Ikan Keli Sedap

Resepi Ikan Keli Goreng Masak Lemak Cekur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *