Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Bakar Masak Lemak Cekur yang Wajib Cuba – Dah lama tak update, sibuk je bila tibe ujung minggu, minggu lepas bawa kakak bercuti, minggu ni ikut en.abg ke kuantan coz en.abg ada buat kerja part time dengan kawannya. Kami sekeluarga tumpang di rumah kawan en.abg di taman balok kuantan pahang. 3 hari kami di sana, tak sempat nak tengok ladtop pun, ye lah tak kan kat rumah orang kita bersantai-santai depan ladtop plak, lagi pun si kakak demam dan asik meragam je. Memang menguji tahap kesabaran bonda dan ayahnya.

Okey lah… saya nak nak syer Resepi Ikan Keli Bakar Masak Lemak Cekur. Bukan menu hari ni dan bukan juga semalam, tapi dah lama dah. Saya buat masa kat kampung hari tu untuk bekal balik ke terengganu. Saya mesti bawa bekal kalau nak jalan jauh, bukan ape malas nak singgah-singgah makan kat kete je. Jimat masa dan kos hehehe..

Buat pertama kalinya saya sendiri bakar ikan keli ni sendirian. Tak penah bakar ikan guna kayu api macam nih, ni lah yang specialnya, sebenarnya ni tugas en.abg dan mak metua yang teringin nak makan ikan keli nih. Oleh kerana cuaca elok so, dorang pun ambik keputusan untuk ke kebun meracun en.abg kesian kat org tuanya dah tak larat tapi masih nak ke kebun. Tengah ada peluang ni dorang adik beradik pegi kebun ringankan tugas orang tua. Apa lagi saya kenalah ambik alih tugas masak kesian la penat-penat ke kebun balik rumah nak kena masak lagi, menantu yang bagus ni hehehe perasan!!

Resepi nie, versi mak mertua saya. Versi saya next time lah jika ada kesempatan. Selain ikan keli boleh juga guna ikan pari. Okey jom kita skodeng bahan-bahannya dan cara memasaknya.

Artikel Lainnya: 

Bahan-bahan:

  • Ikan keli 2-3 ekor >> dibasuh bersih dengan asam jawa ngan limau untuk hilangkan lendirnya.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 ulas bawang merah.
  • Sedikit kunyit hidup >> tumbuk
  • Segenggam cili padi >> 7 atau 8 tangkai.
  • 4 / 5 biji ubi cekur.
  • 7 helai daun cekur >> mayang halus.
  • Santan
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak:

  • Ikan keli setelah dibersihkan dengan asam dan limau. Dilumurkan dengan kunyit yang telah ditumbuk tadi dan sedikit garam. Kemudian bakar. Setelah masak, ketepikan dahulu ikan keli tersebut.
  • Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi dan ubi cekur.
  • Masukkan sedikit air dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan santan setelah bahan tumis tadi mendidih. Masukkan daun cekur yang telah dimayang halus.
  • Kacau dan kemudian masukkan ikan keli yang telah dibakar tadi.
  • Adjust rasa mengikut selera dengan garam dan gula.
  • Siap dihidang dan selamat mencuba…

Nota: Saya suka kuah masak lemak yang sedikit pekat. Sedap digaul gaul dengan nasi putih panas panas. Jika ada, boleh masukkan belimbing buluh ketika santan mendidih. Sangat sedap.

Resepi Ikan Keli Masak Cekur sangat sesuai dihidangkan bersama nasi panas atau ketupat. Masakan mempunyai tahap pemakanan yang tinggi, hidangan ini kepunyaan masakan sihat sejak menggunakan bahan-bahan tradisional berkualiti tinggi. Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Belut Masak Halia Paling Sedaaappp

Resepi Ikan Keli Bakar Masak Lemak Cekur yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *