Resepi Ikan Keli Bakar Dengan Air Asam Simple

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan keli
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
    -KEMUDIAN BAKAR

AIR ASAM

Bahan

  • 1 biji tomato dibelah dua
  • 4 biji bawang merah (bawang kecil ye)
  • Belacan lebih kurang sebesar sebiji atau sebiji setengah bawang merah (bakar dulu ya)
  • Asam jawa sebanyak lebih kurang sebiji tomato saiz sederhana
  • 10 tangkai cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1 tangkai cili merah di potong 2
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air masak ( kalau kurang boleh tambah lagi sikit)
  • 2 biji limau kasturi

Video :  Grilled Chicken on The River – eating delicious

Cara

  1. Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil patinya. Tuang ke dalam blender.
  2. Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam.
  3. Kemudian kisarlah macam biasa.
  4. Dah siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Mayang atau potong dadu 2 biji baki bawang merah. Separuh tomato yang berbaki tadi potong ikut suka – dadu boleh hiris pun ok. Baki separuh cili merah hiris halus. Cili api hiris halus jugak. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaul bagi bercampur aduk semuanya. Lepas tu perahkan limau kasturi. Kulitnya masukkan sekali.
  5. Rasa dulu. Kalau agak kurang masin tambah garam. Kurang rasa manisnya tambah gula. Kemudian kacau bagi gula atau garam cair. Kalau kurang air boleh tambah sikit. Kombinasi rasanya mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau kurang masamnya tambahlah lagi perahan limau kasturi.
  6. Kalau air asam ni nak diadikan macam air asam utara tambahlah dengan 1 sudu besar kerisik kemudian gaul rata. Jadilah ia air asam utara.
  7. Kalau nak tambah bunga kantan pun blh. Hiris halus kemudian campur dan gaul sebati.
  8. Bahan-bahan yang kita kisar tadilah yang membuatkan air asam ini menjadi pekat. Kalau tidak dikisar, ia akan kelihatan cair dan tidak menyelerakan. Selamat mencuba.

Silakan share & komen ‘Saya Share’ supaya resepi ini tak hilang dari Newsfeed anda.

Resepi Ikan Keli Bakar Dengan Air Asam Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *