Assalamu’alaikum…

Yum yum yummmmmm…sedapnya ikan keli tambah-tambah pulak kalau dibakar jadi Ikan Keli Bakar. Ada tak sesiapa pengemar ikan keli..iye kite bakor..kite bakor yee..hehehehe…Ikan keli memang antara ikan favorite saya dan bila saya tau ikan keli ni kaya dengan khasiat omega 3 lagi rajin la saya masak menu ikan keli ni.

Bila nak cepat siap masak macam ni la jadinya habis saya potong kepala ikan keli ni . Kalau nak masak iakn keli panggang saya akan kelar-kelar dulu ikan keli ni lepas tu letak garam serta kunyit je . Bila grill ikan keli ni saya tak guna minyak pun sebab ikan keli ni akan keluar minyak bila dah separuh masak . Nak memudahkan kerja memanggang saya guna grill pan yang non stick . Mudah je cara saya panggang ikan . Dalam masa 20 minit ikan keli dah siap di grill lepas tu boleh la dihidang dengan air asam atau sambal kicap…yum yum sedap tu…

Baca Juga: 

Bahan-bahan utama:

  • 8 ekor ikan keli

Bahan-bahan lain:

  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 helai daun kunyit*
  • 2- 3 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • Garam secukupnya
  • Minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi

Cara-caranya:

  • Kisar semua bahan bertanda *.
  • Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
  • Masukkan gula castor, jus asam jawa dan garam.
  • Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
  • Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
  • Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
  • Lumurkan sambal ke atas ikan.
  • Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke…atas non stick pan ke…atas arang ke atau dalam oven….kalau bakar atas arang lagi best……kalau nak makan baru bakar…makan panas-panas pun sodap…..perah dengan asam limau kasturi.

Hidangan utama dah siap, masak nasi pun da. Apalagi panggil suami dan anak-anak makan, kenyang Alhamdulillah. Kalau ada beli ikan keli lebih, boleh juga buat Ikan Keli Berlada, best juga tu.

Tips :

Kami mengesyorkan menggunakan ikan keli mengandungi 8 ekor sekilo atau 4 ekor setiap 500 gram. Ia dilakukan kerana saiz ikan tekstur dan rasa sangat sesuai untuk keli ikan panggang.

  • Jadi lebih baik boleh dihidangkan dengan sos sambal dengan lada cayenne yang telah dihiris.
  • Apabila kita menggunakan api kecil membakar berhasrat menjadi sempurna masak. Membakar dengan api, ikan kecil memerlukan masa yang lebih lama. Tetapi ianya perlu kerana ikan dibakar dalam keadaan buah Ara keli Bilakah kita membakar beliau dengan api yang besar, maka bahagian luar akan dibakar dan bahagian dalam ikan akan rasa mentah.
Jadi bagaimana untuk membuat patisseries keli ikan bakar pedas manis. Selain rempah telah dikaji semula di atas, anda boleh tambah atau tolak daripadanya mengikut rasa. Mungkin anda akan dapat menghidangkan masakan yang lebih istimewa dengan inspirasi anda sendiri.

Ok lah,,, selamat mencuba ya semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Read More: Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Pedas dan Gurih

Resepi Ikan Keli Bakar Berempah Sempurna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *