Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Asam Pedas Paling Sedap dan Simple. Tajuk je pun dah membuatkan tertelan air liur. Oppps! Puasa… Kalau nak tahu, inilah menu kegemaran suami saya dan anak nombor 2. Makan sampai lumat tulang dan kepala ikan keli.

Sejak akhir-akhir ni susah pula nak dapatkan ikan keli. Saya ke pasar besar Taman Tas Ria, Kuantan, tak ade… saya ke Eng Hong Jalan Gambang, Kuantan… tak ade… di kedai vietnam tepi Pejabat Pos Taman Tas pun tak ade… Pegi ke pasar besar bandar Kuantan barulah jumpa. Mencari 3 hari tau. Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Jika anda baru cuba nak masak Ikan Keli Asam Pedas dan hasil Asam Pedas anda kurang sedap jangan kecewa terus cuba masak lagi. Selalunya semakin kerap anda cuba masak semakin anda mempelajari teknik dan cara yang terbaik untuk masak sambal tumis. Saya sendiri belajar dari try n error dan makin lama makin sedap la sambal yang dimasak. Resepi hanya la panduan tapi kekerapan anda masak yang akan jadikan anda mahir memilih bahan yang sesuai untuk masakkan anda masak itu. Okey la.. jom lihat bahan-bahan untuk memasak menu ikan keli asam pedas ni.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan Ikan Keli Asam Pedas:

  • 2 ekor ikan keli
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 2
  • 1 genggam daun kesom
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus/Kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara Membuat Ikan Keli Asam Pedas:

  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya . Biar mendidih.
  • Masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan, masak dengan api sederhana.
  • Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi¬†Ikan Keli Asam Pedas ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: 2 Resepi Ikan Keli yang Patut Untuk Dicuba

Resepi Ikan Keli Asam Pedas Paling Sedap dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *