Assalamu’alaikum…

Hallo apa kabar semua.. Hari nie saya nak kongsi resepi camner nak buat Ikan Haruan Kukus Halia.… Yerla ramai benor kawan-kawan saya sebuk tanyer dekat ofc….nak cukup satu-satu cam payah pulak… Yerla orang tue tanyer camne orang yang nie pulak tanyer lagi… Jawapan kene samerkan… Kot-kot dibuatnyer dengan orang nie saya cukup resepinyer macam nie…dengan orang tue nanti saya cukup-cukup ade pulak resepi yang tertinggal….hehehe.. Sian kawan-kawan saya yg benor-benor nak masak stim ikan haruan tue…

Jom saya share resepi nie dekat korang eik…Resepi nie saya dapat dari hubby saya tau… Maklumlah diela yang pakar stim menyetim nie… Bagi yang suke ikan haruan bolehla korang ambik resepi nie… Saya dulu pun tak berape nak pandai makan ikan haruan nie… Tapi bile hubby saya buat stim,barulah saya suke-suke giler dengan ikan nie…

First……sediakan ikan…kalau takde ikan takkan nak stim gune ikan bilis pulakkan….hehehehe… Kalau org ramai korang masakla lebih sikit…nie saya bagi resepi ikan haruan dalam 2 ekor eik… Hubby saya cukup lagi best kalau ikan haruan tu jenis yang baru… Maksudnyer dapat jer terus masak…manis giler jer ikan tue….basuh bersih2.. Petua nak basuh ikan pulak….korang bolehler basuh dengan asam jawa ataupun perahkan limau eik…

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal putih
  • 1 1/2 inci halia-potong tipis
  • 1 inci kunyit-potong tipis
  • 3 ulas bawang putih-potong tipis
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
  • 1 btg karot, bunga kubis

Cara Membuat:

  • Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
  • Perap seketika.
  • Letakkan ikan dlm bekas…boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
  • Siram baki perapan kicap atas ikan
  • Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
  • Kukus hingga masak…anggaran 10-12 min atau hingga masak.

Khasiat Ikan Haruan:

  • Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
  • Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
  • Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
  • Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
  • Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan
  • Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
  • Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit

Resepi ini boleh je guna untuk ikan lain. Ikan siakap ke…hehe…terpulang pada selera setiap orang la ya.

Selamat Mencuba!!!

Read More: Resepi Kari Ikan Nasi Kandar Pulau Pinang

Incoming search terms:

Resepi Ikan Haruan Kukus Halia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *