Assalamu’alaikum…

Hari ni masak ala kadar jer. Mula-mula plan nak buat ikan masak putih tapi biasalah selera ni selalu berubah-ubah. Last-last, buat ikan bersos. Sedaplah sampai nak menambah lagi, tapi tambah ikan jer lah, nasik tak sb nak kena kontrol buat masa ni. Trauma tengok berat.

Ok, di sini saya kongsikan resepinya yer. Sebenarnya, sos ni macam kita buat sweet sour gak. Cuma ada tambah cili sket. Kalau nak tambah cili padi pun boleh. Ikutlah selera tekak masing-masing. Terima kasih sekali lagi atas kunjungan anda semua. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana (anggaran 600g)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 5 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 1 biji cili merah (hiris serong)
  • Garam , kunyit , gula/perasa
  • Minyak
  • Air

Cara-cara Membuat:

  • Ikan dibersihkan kemudian kelar. Perasakan dengan garam kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram gaul sebati.
  • Masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan tomato. Kacau sebati. Masukkan air (jika ingin lebih berkuah). Renehkan sebentar hingga hirisan bawang besar agak layu dan kuah agak pekat.
  • Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa (jika perlu). Dah siap. Tutup api.
  • Tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Goreng Bersos ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Sardin Masak Kicap Bercili Simple dan Sedap

Resepi Ikan Goreng Bersos Simple dan Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *