Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Dory Goreng Tepung Bersos Cili – Hari nie saya nak syer something different dari dapur saya. Bila dah buntu tak tau nak masak apa, saya akan modified apa yang ada di dapur untuk di jadi kan hidangan..hehehehe… Janji apa yang di hidang kan tu boleh di makan la, kang konon nak masak sesuatu yang lain dari lain, tapi tak leh telan kan haru tu. Sebenarnya dah beberapa minggu saya masak lauk nie. Hari nie baru jumpa masa sikit untuk mengapdet kan dalam nie. hehehe… cian kan.

Ikan nie saya beli frozen kat pasar raya, saya akan potong kecil-kecil dan simpan dalam freezer dulu. Bila nak masak, baru saya keluarkan dari freezer. Senangkan gitu. Biasa saya akan goreng aje ikan dory nie bersama tepung atau pun saya akan masak masam manis. Tapi kali nie saya masakkan ikan dory nie dengan halia dan sos ikan. Rasanya sedap ala-ala thai sikit, tapi saya guna kan halia yang banyak untuk mengimbang kan rasa sos ikan dan ikan dory tu.

Cara memasaknya sungguh simple. Jom layan resepinya di bawah nie..

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan dori
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1-2 sudu makan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  • Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan.
  • Kemudian celupkan ikan pula dalam tepung gandum.
  • Goreng Ikan hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  • Sediakan sos.

Untuk Sos:

  • 1 biji bawang besar ( dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 3 biji cili kering ( digunting nipis-nipis)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan ( option)
  • 1 biji buah tomato ( potong 6)
  • Daun bawang ( dipotong)

Cara Penyediaannya:

  • Tumis bawang hiris hingga wangi.
  • Masukkan semua sos dan sedikit air. Kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
  • Sesuaikan rasa. Masukkan tomato dan daun bawang.
  • Tutup api dan curahkan atas ikan.

Wahhhhh…macam mana…lepas ni buleh lah cuba resepi ni…selain ikan, boleh juga digantikan dengan sotong, udang atau pun ayam. Jadi apa yang ditunggu lagi. Selamat mencuba!

Read More: Resepi Fillet Ikan Dori Sos Masam Manis

Resepi Ikan Dory Goreng Tepung Bersos Cili

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *