Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Dori Bakar Berempah yang Mudah dan Simple Sangat – Pernah dengar tak ikan dory?… Nama asli ikan dory ialah John Dory Fish merupakan salah satu jenis ikan laut yang badannya berwarna keperakan, bersirip lebar dan matanya besar. Ikan ini banyak terdapat di laut Mediteranian dan Atlantik. Ikan ini dagingnya putih dan halus. Berdasarkan penelitian, ikan dory mempunyai kandungan omega 3, yodium, zat besi, magnesium, taurin, selenium, flourida, DHA, EPA dan sebagainya).

Bagi penderita tekanan darah tinggi, kandungan DHA & EPA dalam ikan boleh membantu menurunkan tekanan darah. Selain itu daripada itu, ikan ini juga mengandung anti oksidan yang melindungi lemak tak tepu dari oksidasi sebelum dan sesudah pencernaan. Kandungan protein, vitamin, mineral & asid lemak omega 3 mempunyai kesan yang baik untuk mata, jantung, pencernaan, otot, dan meningkatkan kecerdasan anak.

Ikan dory ini tidak dijual sekorsekor kat pasaraya. Malah anda tidak akan jumpa ikan dory ini di pasar-pasar ikan. Ikan dory ini dijual secara filet ikan, dibekukan dengan ais untuk mengekalkan kesegaran isi ikan, dan dibungkus dgn kemas. Kalo omputih tak panggil dory fish yerk, diaorang panggil white fish pasal isi ikan nyer yang putih. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Kalo saya nak kasi zat protein dari ikan kat anak-anak saya, ikan ni lar yang selalu saya beli. Kengkadang saya beli ikan siakap gak tapi tu pun suh orang siangkan, saya tak suka siang ikan siakap ni, lepas tu yang paling saya tak suka sisik ikan siakap tu. Tebal dan bersepah-sepah. Bila nak bersihkan ikan tu dari sisa-sisa sisik dia, satu kerja plak saya nak kutip sisik yang bersepah kat dalam sinki tu.

Sebab tu saya suka beli ikan ni. Tak yah pening-pening kepala nak buang isi perut ikan lar, kepala ikan lar. Dan yang paling penting tak perlu risau kalo tercekik tulang ke ape. Anak-anak akan makan dengan lajunya tanpa toleh kiri kanan. Saya ni ada fobia sket. Kalo kasi anak-anak saya makan ikan lain, saya akan tolong kopek kan isi ikan tu, pastu picit-picit isi ikan tu sampai takde rasa tulang yang tersembunyi di sebalik isi ikan tu. Macam leceh kan? Kalo bdk tercekik tulang, alahai sangat kesian tau! Tak sanggup tengok budak menangis tercekik tulang. Kalo kita ni dewasa, boleh kepal-kepal nasi pastu telan. Abis kalo budak-budak, nak suh diaorang telan nasi? Diaorang reti ker?…

Okey, sekarang kita berbalik ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Resepi Ikan Dori Bakar Berempah yang Mudah dan Simple Sangat untuk rakan-rakan semua. Lebih lagi, sebab kita yang masak, pastinya terjamin kebersihannya. Lagi lah laju untuk kita ngap kan. Jom, tak usah banyak cakap lagi, kita langsung saja tengok resepi mudah tetapi sangat sedap bawah ni.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping isi ikan dory
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • Sedikit jus limau kasturi – optional
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • Sedikit minyak masak/minyak zaitun
  • Garam

Bahan-bahan Mesin:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup

Cara-cara Membuat:

  • Campurkan bahan-bahan mesin dengan garam, serbuk kari, jus limau kasturi, dan serbuk lada sulah. Perapkan bahan ini pada ikan lebih kurang 1/2 jam.
  • Panaskan oven pada suhu 180C. Susunkan ikan di dalam dulang yang berasalaskan kertas foil atau daun pisang (ikutlah kesesuaian masing-masing).
  • Hiaskan dengan daun kunyit dan daun limau purut dan renjis-renjiskan sedikit minyak di atas ikan.
  • Kemudian bakarlah selama 12-15 minit atau sehingga masak.
  • Hidangkan bersama sambal kicap.

Untuk Membuat Sambal Kicap:

  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 4-5 biji cili padi (dihiris)
  • Sedikit jus limau kasturi
  • Kicap manis
  • Kicap cair

Cara-cara Membuat:

  • Campurkan kesemuanya di dlm mangkuk dan hidangkan bersama ikan bakar.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Dori Bakar Berempah ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Siakap Stim Bersama Mangga Paling Simple dan Lazat

Incoming search terms:

Resepi Ikan Dori Bakar Berempah yang Mudah dan Simple Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *