Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Cencaru Masam Manis – Ikan cencaru adalah spesis ikan yang kulitnya agak tebal. Biasanya ikan ni sedap kalau di bakar. Bapa saya cukup suka kalau ikan caru bakar. Di cicah pula dengan sambal kicap pasti bertambah-tambah ita lihat beliau makan.

Hari ini ita sediakan Ikan Cencaru Masam Manis sebagai hidangan makan tengahari kami hari ini. Sedap makan panas-panas di lawankan pula dengan sambal cencaluk ita tadi memang sedap sangat. Resepi yang mudah dan ringkas tapi cukup enak di makan bersama keluarga.

Resepi ni nak goreng boleh nak bakar pun boleh. Sambalnya pula di masak terlebih dahulu, jadi bila kita goreng ikan nanti sambal yang dah masak ni serap dalam isi ikan, memang mengancam habis.

Bahan-bahan:

  • 2 ekor Ikan cencaru sederhana besar (bawal/siakap/kerapu)
  • 3 sudu besar cili boh/cili kering blend
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 2 cm halia
  • 1 btg serai di ketuk
  • 1/2 batang karot di dadu
  • 1/2 batang timun di dadu
  • 1/2 bawang besar
  • Capsicum/1 biji lada merah
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

  • Ikan di sapu garam kunyit dan digoreng.
  • Untuk kuah, tumis bawang putih, serai, halia sampai naik bau.
  • Masukkan cili boh tumis sampai naik minyak. Campur sos cili dan tomato.Masukkan air sikit.
  • Masukkan sayur-sayuran.
  • Last sekali perasakan dengan garam dan gula. Gaul sampai masak.
  • Tuangkan kuah atas ikan yang dah siap di goreng tadi. Then boleh la hidang, makan dengan nasi panas-panas.
Terdapat banyak cencaru kandungan nutrien yang sangat baik untuk kesihatan badan anda. Berikut adalah beberapa kelebihan ikan cencaru yang anda perlu tahu: 
  1. Protein tinggi
  2. Mengandungi HDL lemak yang baik
  3. Makanan alternatif bagi orang yang mempunyai kolesterol
  4. Mengandungi hormon leptin adalah baik untuk diet
  5. Ikan cencaru yang kaya dengan omega 3
  6. Kelembapan lemak tak tepu dan kandungan boleh membersihkan saluran darah
  7. Merawat penyakit autoimun
  8. Keberkesanan ikan cencaru untuk menyembuhkan anemia
  9. Membuat badan jadi sihat

Pastu pasangannya buat tomyam! terlajak sungguh la makan nasi kalau lauk gini. Tapi semenjak start diet ni tak de masak lauk-lauk dah sebab tak makan nasi. Makan sup atau baked je, dekat sebulan dah la tak buat tomyam, kalau tak tiap-tiap minggu mesti ada tomyam.

Selamat mencuba… 🙂

Read More: Resepi Ikan Tenggiri Panggang

 

Incoming search terms:

Resepi Ikan Cencaru Masam Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *