Assalamu’alaikum…

Kali ini nak kongsikan masakan Ikan Cencaru Masak Sambal Simple pula. Ia adalah salah satu hidangan dan makanan kegemaran yang saya sangat suka. Ia pedas sedap dan juga sangat menyelerakan. Hari ini Bonda saya masak Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap, kebiasaan guna cili padi yang sebelum ini kami kongsikan. Bahan sedikit sama dengan masak sambal udang yang sebelum ini kami kongsikan.

Memang masa nak menumis tu dia punya naik bau aroma yang sangat menusuk hidung. Saya kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Bau sahaja dah sedap, terasa sedap dengan warna yang cantik kemerahan buat orang sekeliling pasti terliur nanti dengan kesedapan rasa Ikan Cencaru Masak Sambal yang sangat dan sungguh selera ini. Bawah ini kami kongsikan bahan dan cara buat Ikan Cencaru Masak Sambal yang ringkas dan mudah disediakan oleh semua orang.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan :

  • Cili kering *
  • Bawang putih dan Bawang Merah *
  • Halia * – besar ibu jari – ibu jari tangan tau… jangan ibu jari kaki pulak,,, muahaha
  • Asam gelugor / Asam Keping – 2 keping
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk Perasa / MSG (Pak Aji) – secukup rasa
  • Gula – setengah sudu
  • *blender sekali

Petua Bonda saya: Bawang Putih dan Bawang Merah tu saya buat separate. Buat untuk menumis dan blender. Yang blender tu sikit jer, sebab nanti tak pecah minyak sangat dan sambal akan cepat garing sebab ada bawang. So nak bagi manis sikit sambal tu, saya blender dengan bawang merah dalam seulas jer.

Cara-cara membuat:

  • Tumis bawang merah dan bawang kecil
  • Masukkan cili kering yang telah dimasak dan diblender dengan bawang merah (seulas) dan halia tadi.
  • Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan Asam Keping .
  • Tambah air sedikit dan masak hingga kering
  • Masukkan garam dan gula.
  • Kacau sebati semua bahan.
  • Masukkan ikan cencaru yang telah digoreng tadi.
  • Gaulkan ikan bersama sambal.
  • Rasakan sambalnya. Bila kuah mulai mereneh, tutup api dan hidangkan.
  • Enak dimakan bersama nasi putih bersama ikan masin dan hirisan timun..

Di bahagian-bahagian yang betul dan tidak terlalu banyak, Terdapat banyak manfaat kesihatan sos cili. Maklumat ini telah dilaporkan oleh suara Yahoo dan ditulis oleh Kristie Leong M.D, seorang dokter yang menyertai dalam American Medical Association.

  • Boleh mencegah Kanser: Sambal cili boleh membantu mencegah kanser kerana sos tomato yang merupakan satu bahan pedas kaya dengan likopena kandungan seperti yang terdapat pada tomato. Likopena merupakan sumber baik karotenoid. Karotenoid yang antioksidan kuat dan mempunyai sifat-sifat anti-radang (anti radang) yang boleh melindungi badan daripada serangan kanser jenis tertentu.
  • Sambal boleh membuat jantung sihat: Bahan utama menjadi sambal cili boleh mengekalkan kesihatan jantung anda. Ini adalah kerana lada cili mengandungi serat. Tambahan bawang putih dalam sambal ini juga membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Andaikan, hidangan sampingan yang anda makan adalah sihat dan rendah lemak hidangan sampingan, seperti ayam, daging tanpa lemak dan sebagainya.
  • Sambal boleh mengawal gula dalam darah: Sambal yang biasanya mengandungi bawang. Bawang adalah sesuatu mineral semulajadi yang mengandungi trace kromium yang membantu proses pengeluaran insulin yang lebih baik. Bawang juga boleh membantu tahap gula darah yang lebih rendah. Oleh itu, sambal cili di bahagian ini tidak terlalu banyak itu masih boleh digunakan dalam pesakit kencing manis.

Semoga resepi dan beberapa info yang saya kongsikan dapat bermanfaat. Selamat mencuba… 🙂

Read More: Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar Air Asam

Incoming search terms:

Resepi Ikan Cencaru Masak Sambal Simple yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *