Assalamu’alaikum…

Hari ini saya hendak kongsikan entri yang telah lama tertangguh. Insya Allah pagi ini, saya akan menyertai program team building jabatan organisasi tempat saya bekerja ke Hot Spring Sungkai. Semoga perjalanan dan urusan dipermudahkan dan kami semua diberi perlindungan Allah. Ameen. Resepi yang saya ingin share hari ini adalah Resepi Ikan Cencaru Cicah Sambal Kicap. Saya menyediakan sambal kicap untuk dicicah dengan ikan cencaru goreng. Sebenarnya ikan goreng tu sangat sedap walaupun dimakan begitu sahaja sebab isinya yang segar. Jarang sekali saya meratah ikan goreng kecuali ikan yang dibakar. Tapi kali ini, saya meratah ikan begitu sahaja.

Selain untuk dicicah dengan ikan bakar, sambal kicap ini juga sedap dihidang dengan pisang goreng atau dimakan bersama mee hoon soup. Memberi sedikit rasa pedas pada makanan yang sedang dinikmati. Sangat mudah menyediakannya. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini… Sila lawati juga channel youtube klik di SINI.

Bahan-bahan untuk Ikan:

  • 2 ekor ikan cencaru – dibersihkan
  • Sedikit tepung jagung
  • Asam jawa
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

  • Ikan yang telah dibersihkan dilumurkan dengan asam jawa, garam, ajinomoto
  • Akhir sekali, lumurkan tepung jagung di seluruh bahagian ikan itu termasuk bahagian dalam ikan
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Goreng ikan dengan minyak yang penuh
  • Bila minyak betul-betul panas, barulah masukkan ikan
  • Goreng sehingga ikan menjadi kekuningan dan garing di kedua-dua belah
  • Angkat dan hidangkan

Bahan-bahan untuk Sambal Hiris Kicap:

  • 1 biji bawang besar – di hiris nipis
  • 1 biji lada besar (merah) – hiris menyerong
  • 5 biji cili padi – hiris menyerong (ikut suka -klu suka pedas tambah lagi atau tidak suka pedas tak yah letak pun tak pe)
  • Air perahan limau kasturi
  • Kicap manis
  • Ajinomoto dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

  • Masukkan semua bahan di dalam satu bekas
  • Gaul sebati semua bahan dan rasakan masin manisnya
  • Sedia untuk di makan

Nota:

  1. Sambal kicap ini juga boleh dijadikan sambal kicap pisang goreng dengan menambahkan sedikit air, supaya tidak terlalu pekat sangat sambal tu.
  2. Boleh juga dijadikan sambal kicap untuk mee hoon sup, mee hoon goreng dan mee goreng atau makan dengan ikan goreng.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Cencaru Cicah Sambal Kicap ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu dan raka-rakan di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal Paling Sedap

Resepi Ikan Cencaru Cicah Sambal Kicap Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *