Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Cencaru Bakar yang Mudah dan Lazat – Boleh dikatakan hampir setiap hari dok buka tutup pintu peti ais jenguk apa bahan nak di masak tiap hari. Kejap-kejap buka pastu tutup pintu peti ais tapi tak tau gak nak masak apa? Jujur katakan, selalu gak sel otak tak berhubung. Buntu kematu bila fikir apa nak masak tiap hari. Gerenti surirumah lain pun alami drama sinetron ulang-ulang bak astro ni kan…Boring!

Pastu saya saja up status kat facebook… Niat suci murni kengkonon boleh dapat idea nak masak apa nanti. Sekali… Hambik! Banyak cadangan menu yang mabeles. Tak sangka kengkawan kat facebook saya semua nya sporting sempoi, terharu saya.

Ada suruh masak ikan bakar aje, asam pedas, masak kicap, sambal, sumbat belakang dan tak kurang yang loya buruk katanya Fish n chips, pizza cencaru, apam balik pun hado!!!… Sabar jer laa, Layankan aje! Menurut dari comment, ramai yang cadangkan saya bakar je ikan cencaru tu pastu cecah ngan air asam.

Sebelum-sebelum ni, Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Sedap tapi macam asyik dok ulang macam astro, naik kejung lak rasanya kalau masak menu yang sama. Walaupun favorite anak saya. Serabut nak fikir banyak, senang citer sebenarnya Malas ..!! haha…

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan cencaru besar – dibersihkan
  • Daun pisang – secukupnya
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 in halia*
  • 1 in lengkuas*
  • 4 batang serai* – semua bahan dikisar
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 helai daun kunyit – dihiris
  • 2 helai daun limau purut – dihiris
  • 1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat:

  • Ikan dibersihkan dan dibelah belakang.
  • Daun pisang dibersihkan.
  • Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan rempah kari dan kacau rata.
  • Masukkan pes asam jawa.
  • Perasakan garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan daun kunyit dan daun limau dan kacau. Tutup api.
  • Masukkan rempah keatas ikan hingga rata dan balut bersama daun pisang.
  • Susun diatas loyang yang dialas dengan aluminium foil. Titiskan sedikit minyak keatas ikan.
  • Bakar hingga ikan masak.
  • Sedia dihidang.

OK pasni malas nak goreng-goreng ikan cencaru. Kita bakar je senang, sebab lau goreng, mercik-mercik minyak abis kotor dapur… 😉 Selamat mencuba ye, semoga bermanfaat.

Read More: Resepi Sotong Goreng Kentang Sumbat Mudah

Resepi Ikan Cencaru Bakar yang Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *