Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Sedap – Salam semua.. Hari ini just nak share masakan simple-dimple ni saja. Ikan ni adalah hasil pancingan my other half. Ribut melanda dan hasil pancingan pun hanyalah ikan-ikan kecil ni sahaja. Normally kalau cuaca elok, ada beberapa ekor tenggiri dan talang yang dibawa balik. Tapi kali ini laut bergelora, so dapat ikan cencaru pun dah kira OK. Ikan baru memang segar dan manis. saya sendiri tak berapa pandai nak menggayakan masakan ikan cencaru ni, masakan ni sajalah yang saya tahu kalau guna Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal biasa atau Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa…Senang dan mudahkan!!!…

Dah banyak kali buat dah kat ceruk dapur ni dan bermacam macam style dah saya buat. Memang ikan cencaru sumbat ni kegemaran bonda dan abah walaupun saya kurang sikit makan ikan cencaru ni. Tapi kepuasan memasak untuk mereka semua dah kata sedap alhamdulillah. Kadang-kadang balut dengan daun kunyit atau daun pisang nak dapatkan aroma la katakan.

Kadang-kadang bakar gitu jer dan bahan sumbat tu pun ikut bahan kat dapur je ada. Saya biasanya buat sambal ni memang saya dah buat simpanan stok sambal satu bekas besar letak dalam peti. Lepas tumis cuma addkan apa bahan lain yang nak itu jer, lagi mudah. Tak payah la nak susah bagai main potong bawang nak blender lagi.

Ikan cencaru sumbat ni banyak style tapi yang paling best letak kelapa parut. Lepas tu perah jus limau nipis pulak, emm memang tempting. Saya rasa semua orang dah tahu resepi ni kan tak letak macam berbelah bagi pulak. Kadang-kadang buat ikut suka hati jer. Okey..lah ya ni saya ambil dekat dapur che mat yang famous. Ada yang saya tolak tambah bahan-bahan tu. Kalau ikut betul betul cara che mat ni lagi sedap.

Baca Juga: 

Bahan-bahan :

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ikan cencaru bakar sumbat sambal.

  • 4 ekor ikan cencaru segar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Air asam jawa tau asam keping
  • 1 cm kiub belacan – optional
  • Garam dan gula secukup rasa

Persediaan bahan-bahan:

  • Siang ikan cencaru, belah belakang, bersihkan dan tuskan.
  • Tumbuk tau kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

Cara membuat:

Berikut adalah langkah-langkah memasak ikan cencaru bakar sumbat sambal.

  • Tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia dan serai) sehingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  • Peraskan dengan garam, gula, dan air asam jawa.
  • Sumbatkan sambal yang dah masak ke dalam ikan melalui belakang yang telah dibelah.
  • Panggang ikan atas bara api. Boleh juga gunakan pemanggang ajaib atau oven.
  • Angkat dan hidangkan.

Tips:

  1. Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat….. kalau mahu banyak sambal gandakan bahan bahan.
  2. Boleh juga diletakkan sedikit santan jika suka.
  3. Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.
  4. Nak dapatkan bau dan aroma arang walaupun bakar dalam oven? Letakkan sedikit arang dalam tray oven. Baru bau arang semerbak meresap masuk dalam ikan.

Selamat mencuba!!!.. 🙂

Read More: Resepi Gulai Belut Sedap

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *