Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa Paling Simple – Saya suami kata, ada hikmah blog masak-masak kami yang terdahulu tak dapat diteruskan dan terpaksa ditutup. Disebabkan perkara itu, saya kembali memasak menu-menu atau hidangan-hidangan baru. Kurang sikit lauk siaran ulangan katanya.

Walaupun saya terpaksa bermula semula membina kembali blog masak-masak, at least saya ada perkara untuk dibuat. Ada kerja, ada menu baru dan ada kelainan dalam hidangan kami anak-beranak. Dapatlah saya mengetes kembali kebolehan saya menyediakan menu-menu yang dah lama tak masak tu.

Jom lah tengok hidangan kali ni. Ikan cencaru sumbat atau ada yang panggil ikan cencaru sumbat belah belakang. Masa sekolah dulu saya tinggal di hostel. Memang selalu makan ikan ni. Kami panggil ikan ni ikan jaket. Sebab kulitnya tu tebal ala-ala pakai jaket. Kalau anda semua beli ikan cencaru @ jaket ni, minta orang jual tu belah bahagian belakang ikan yer. Saya belah sendiri sebab lupa nak pesan.

Bahan-bahan Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa:

  • 1 ekor ikan cencaru (bersihkan dan belah belakang)
  • Cuci dan bersihkan. Sebelum sumbat dengan sambal kelapa tu, lumur sikit dengan garam.

Bahan-bahan untuk Sambal Kelapa:

  • 1 cawan kelapa parut
  • 2 senduk cili boh (blend)
  • 3 biji bawang putih (blend)
  • 3 biji bawang merah (blend)
  • 1.5 cm belacan (blend)
  • 1 sudu lada putih (blend)
  • 2 batang serai (hiris halus dan blend)
  • 1/2 sudu kecil pati asam jawa
  • 1 sudu serbuk kunyit.
  • Garam & gula

Cara-cara untuk Sambal Kelapa:

  • Bersihkan ikan cencaru dan toskan hingga kering.
  • Blend kesemua bahan yang mak kalerkan biru tu. Bawang putih dan bawang merah, lada merah, serai, belacan dan lada putih hingga lumat.
  • Kemudian, panaskan kuali. Masakkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam kuali.
  • Agak-agak cilinya dah masak, masukkan serbuk kunyit, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga mesra.
  • Ok, setel untuk sambal kelapa.

Cara-cara untuk masak Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa:

  • Masukkan kesemua bahan tadi ke belakang ikan.
  • Balutkan dengan daun pisang, letak minyak sikit dan panggang sehingga masak.
  • Bila ikan dah masak. Perahkan limau kasturi. (Penambah selera)
  • Hidangkan ikan cencaru panggang sumbat sambal kelapa dengan sambal kicap hiris cili+bawang+perahan limau.
  • Serious, terangkat!!!

Demikian artikel kami tentang my resepi ikan cencaru sumbat kelapa semoga dapat membantu anda dalam membuat resepi ikan cencaru sumbat kelapa . Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Bawal Masak Kicap Pedas Mudah

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa Paling Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *