Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa Sedap Dan Simple – Hari tu teman bonda pergi pasar borong. Pada aku, walaupun namanya shopping barang basah dipasar borong, harga ikan, MasyaAllah. Mahal ya ampun. *sambil buat reaksi menjerit mulut menganga*

Tapi nak tak nak kena beli juga. Satu sebab ini musim cuti, anak beranak semua balik rumah. Kompem nak makan ramai-ramai, pulak tu yg sedap-sedap. Dua sebab peti ais dah kosong woii. Tak kan nak telan lauk telur je 4 hari anak beranak semua? Puan mak sampai dah anti dengar nama telur, asyik telur je katanya. Kan ada ikan tu!!! Jumpa ikan cencaru seksi saiz sedang-sedang. Fikir-fikir sedap juga buat cencaru sumbat kelapa bakar. Sedap weh bila fikir, tambah pula makan cicah dengan kicap cili potong, peehhh… sedapnya…

Request dengan bonda nak ikan cencaru sebab bonda yg empunya duit. Ehem. Duit kita? Simpan buat beli ikan keli sat gi, pandai kan aku? Nafsu nak makan macam-macam bila balik, ikan cencaru bakarlah, ikan keli salai lemak cili api lah, ayam pencem dapat brim. Eh. Ampun. Haha. Ayam pencen masak lemak cili api. Pehhhh. Tak menahan list. Dasar perut besar :p . Nasib bonda sanggup melayan pe’el kuat makan anak dia, haha. Bonda, lain kali kita pegi pasar sama-sama lagi ye… Heheee…

Baca Juga: 

Bahan-bahan Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa:

  • 5 ekor ikan cencaru
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 4 biji cili api
  • 1 biji cili merah
  • 2 batang serai
  • 1 cm isi kunyit
  • 2 biji bawang  merah
  • 1 sk pes asam jawa
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa:

  • Ikan cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Jangan buang kulit kerasnya.
  • Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan-bahan tadi. Tak perlulah sampai lumat. Cukup hanya bergaul sebati.
  • Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yang dihirs halus.
  • Gaul sebati Sediakan dulang oven yang dilapisi aluminium foil dan di lapisi daun kunyit.
  • Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Selepas tu masukkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yang berbelah dibelakang.
  • Buat sampai habis dan susun atas dulang.
  • Bakar dalam oven dgn suhu 200C  guna api bawah selama 20 minit. 10 minit lagi guna api diatas.
  • Untuk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.
  • Sedia dihidangkan dengan air asam.

Tips:

Nak dapatkan bau dan aroma arang walaupun bakar dalam oven? Letakkan sedikit arang dalam tray oven. Baru bau arang semerbak meresap masuk dalam ikan.

Selamat mencuba dan Semoga berjaya.

Read More: Resepi Telur Bungkus Sardin Mudah dan Spesial

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa Sedap Dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *