Assalamu’alaikum…

Terakhir nak share Ikan Cencaru Bakar, alah bukan bakar apa pun, cuma bakar bodo-bodo saja, lumur kunyit, garam dan sedikit bawang putih yang ditumbuk halus, bakar je macam biasa. Kalau yang rajin boleh bakar guna bara api, kalau tak rajin macam saya, dia bakar dalam kuali ajaib jee. Lepas tu makan dengan air asam yang saya campur budu, tang budu tu sapa tak makan, boleh abaikan. Nak makan dengan sambal kicap pun boleh.

Selain dimakan bersama nasi, boleh juga diratah macam tu saja, ala-ala meow. Budu tu nampak macam warna dia kelam je, sebab saya guna cili padi hijau dan campur sedikit yang merah. Kali ni guna cili padi yang dipetik dari pokok dibelakang rumah, kira cili kampung. Yang satu lagi tu dengan air asam saja lah saya letak kat situ.

Hari ni memang sejarah betul lah sejak saya boleh buat air asam. Saya kan tak berapa ok, pala macam blur-blur, macam nak demam pun ada. Tadi masa buat air asam (biasa buat dilantai bersebelahan kabinet dapur), tah macam mana, saya boleh terlena. Siap bersandar lagi tepi kabinet tu, tak tau pesal punyalah mengantuk sangat dah macam kena pukau. Konon sleeping beauty versi jantan leer. hahaha….

Bila anda mahu mencuba resepi tu, jom respi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Ikan Bakar

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru secukupnya (gunakan ikan lain pon boleh – kembung, pari, talapia dll)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan secukupnya
  • Lidi/pencungkil gigi

Cara-caranya:

  • Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata.
  • Lilitkan daun pandan keseluruhan badan ikan tadi. Sematkan dengan lidi/pencungkil gigi yang bersih.
  • Sediakan pemanggang ajaib, pan nonstick atau bakar dalam oven.
  • Bakar sehingga ikan masak.

Air Asam

Bahan-bahan:

  • 1/2 – 1 sudu besar pes asam jawa Adabi
  • 2 biji lada merah
  • 8 biji cili api hijau
  • 1 1/2 labu bawang besar
  • Sedikit belacan – bakar sehingga naik bau
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

  • Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau. Basuh dan toskan. Ketepikan.
  • Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air sehingga sederhana pekat.
  • Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi. Perasakan rasanya.
  • Jika rasa sudah cukup hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.

Sambal Kicap

Bahan-bahan:

  • 1 biji cili merah
  • 8 biji cili api hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 1 biji limau nipis
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

  • Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau. Basuh dan toskan. Ketepikan.
  • Tuang kicap secukupnya dalam mangkuk dan tambahkan perahan air limau nipis. Kacau rata.
  • Masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi. Perasakan rasanya.
  • Jika rasa sudah cukup hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.

Nota: Kuantiti setiap bahan untuk air asam dan sambal kicap bergantung kepada kuantiti ikan bakar yang disediakan.

Untuk ikan, boleh guna apa sahaja jenis ikan yang kita suka. Antaranya, ikan kembung, pari, ikan talapia dll. Ikan Cencaru Bakar Dengan Air Asam dan Sambal Kicap ni lah antara menu feveret time sekolah dulu selain asam pedas. Ini resepi my kakak sebenarnya. Disebabkan dulu suka sangat makan lauk ni, sekarang ni kerap masak lauk ni pula lah. heheheee… Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Ketupat Sotong Ala Mertua Paling Sedaaappp

Incoming search terms:

Resepi Ikan Cencaru Bakar Dengan Air Asam dan Sambal Kicap Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *