Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Bilis Goreng Masak Kicap yang Mudah dan Ringkas – Semula saya jumpa resepi nie masa tengah terjah di dapur alam maya dah lama, tak hingat bila masanya. Saya tengok sepintas lalu aje resepi nie. Masa tu tengah mencari resepi kek yang menarik, tapi jumpa resepi nie, cam interesting baca aje la. Tapi tak teringat nak copy atau salin resepi.

Dalam 2 minggu lepas kot maid ngadu, tak tau nak masak apa. Saya pun buntu nak pikir kan masa tu, kita ni dah la bergegas nak gie keje. Dia lak tanya kita nak masak apa, terus terlintas ikan bilis masak kicap. Dan dan situ juga la saya bagi tau cara-cara cam mana nak buat. Saya masih ingat cara-caranya sebab simple sangat dan semenjak tu la menu nie jadi kegemaran Isyah, anak saya. Sila layari juga channel youtube nya klik di SINI.

Semalam balik kerja, tergerak hati nak masak sendiri ikan bilis masak kicap nie. Sebab selama nie maid saya yang buat kan berkali kali, tapi kali nie saya nak masak sendiri. hehehe… Pada empunya resepi saya mintak maaf la yer, saya dah hilang punca mencari saper la punya resepi nie. Kalau ada sesapa yang tau, tolong la bagi tau. Tapi saya masukkan juga resepi nie dalam blog saya sebagai simpanan. Cuma sumber resepi saya akan letak unknown. Minta maaf sekali lagi. Tapi apa pun terimakasih la kerana berkongsi kan resepi. Sememangnya sedap walaupun simple.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan ikan bilis – di goreng garing
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 1 tangkai cili merah – di hiris
  • 1 tangkai cili hijau – di hiris
  • 10 batang cili api di hiris atau di ketuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

Cara-cara Membuatnya:

  • Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
  • Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan bawang hiris sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
  • Masukkan kicap manis dan gaul rata.
  • Tutupkan api.
  • Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata. Sedia untuk di hidang.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Ikan Bilis Goreng Masak Kicap yang Mudah dan Ringkas ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Fish & Chips yang Lazat Sangat

Incoming search terms:

Resepi Ikan Bilis Goreng Masak Kicap yang Mudah dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *