Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Bawal Putih Masak Pedas – Hari ini saya nak bercerita pasal ikan bawal putih yang saya beli di Pasar Taman Tun Dr Ismail sebelum bercuti ke Negara tetangga tempohari. Terus terang, ikan ni bukan lah kegemaran saya dan saya pun tak tahu yang harganya mahal sekali sehinggalah sahabat saya, Haji Rohim bercerita keenakan ikan bawal putih yang dimasak kari oleh jirannya. Terliur sungguh bila dikatakan isi ikan bawal putih yang besar, seakan isi ketam rasanya.

Aduhai lagilah tangkap leleh. Patut lah ikan ini menjadi kesukaan orang Cina kerana rasanya yang enak. Barulah juga saya tahu yang ikan ini perlu dibeli yang besar dan gemuk, barulah isinya sedap. Selama ini saya cuma makan ikan bawal putih yang kecil dan nipis leper jer.

Bila saya bertanya Apek yang jual ikan, apa masakan yang sedap untuk ikan bawal putih, spontan jer dia menjawab Masak Pedas. Bila bertanya rakan sepejabat saya Noor Aini, pun jawapannya Masak Pedas. Jadi memang sah lah ikan yang dalam peti rumah saya akan berenang masuk dalam kuah Masak Pedas.

Cuma kali ini saya tidak menggunakan Resepi Masak Pedas yang biasa saya guna, tetapi menggunakan resepi Mak Mertua. Saje jer untuk membuat sedikit kelainan, walaupun rasanya lebih kurang sahaja. Jom layan resepi bawah ni.

Bahan-bahan Ikan Bawal Putih Masak Pedas:

  • 2 ekor ikan bawal putih
  • Tomato 2 biji
  • Sos cili
  • 1 biji bawang besar – dicincang halus
  • 2 biji bawang putih – dicincang halus
  • 2 biji cili – ditumbuk
  • 3 biji cili padi – ditumbuk
  • Halia – dicincang halus
  • Garam
  • Gula
  • Kunyit
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis

Cara-cara Penyediaan Ikan Bawal Putih Masak Pedas:

  • Ikan bawal di sapukan garam + kunyit dan di biarkan seketika kemudian digoreng.
  • Tomato dicelur sehingga mengelupas kulitnya-tutup api dan biarkan sejuk seketika selepas tue lenyek tomato tadi.
  • Tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan cili dan cili padi yang ditumbuk tadi,tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan sos cili,tomato yang dilenyek,garam dan gula.
  • Dah mendidih tutup api dan tuangkan keatas ikan tadi.
  • Kalau suka bolehlah letak daun bawang keatasnya.
  • Siap Hidangkan.

Itu aje…senangkan? dalam 20 minit dah siap. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Ikan Talapia Masak Sweet Sour

Resepi Ikan Bawal Putih Masak Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *