Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Bawal Masak Stim – Selamat petang semua, tengah wat aper tu tidor ker, seronoknya kalau ada kesempatan untuk tidur siang hari ni, dah lama saya tak merasa tidur petang nih. Anak saya yang kecik 2 orang ni tidur tak sama-sama, kalau waktu tidur dia orang sama bolehlah ibunya tumpang sekatil hehehe… Elok si abang tidur, si adik seronok dok main. Elok si abangnya bangun, si adik plak tidur… ermmm.. takder can la ibu nak tidur cang gini.

Okeylah, saya boleh bersiaran ni sbb anak kecik tu tidur, saya pun baru jer lepas masak, ang kejap lagi bangun la si kecik tuh. Agak-agak sempat tak ibu nak taip resepi ni. Saya masak bawal emas stim, en somi la beli bawal smp 4 ekor ari tuh. Ari-ari dok makan bawal la… nak biar lama-lama dalam fridge tu tak best plak.

Jom layan resepi bawah ni.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
  • 1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
  • 1 labu basayag besar- belah dua- dihiris nipis membujur
  • 1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
  • 1 tangkai cili merah- hiris serong
  • 3 tangkai cili api- ketuk
  • 5 biji lada hitam- tumbuk halus
  • 1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 casaya air
  • 2 biji limau kasturi diperah airnya
  • Sedikit garam

Cara membuatnya:

  • Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam.
  • Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan.
  • Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi.
  • Kukus ikan selama 15- 20 minit.
  • Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.
  • Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam. (resepi air asam dalam entry lepas-lepas dah ada ye)

Tadaaa…hidangkan dengan nasi panas..nak bagitau tekak saya tak berapa ngam dengan ikan ni..apa nak buat sekadar merasa tekak lain- lain kan. Tetap bersyukur kerana dapat juga merasa ikan ciptaan Allah ini.

Kali ni saya cuma sediakan cicah budu. Hiris basayag merah, tomato, cili padi dan perahkan limau kasturi ke dalam semangkuk budu. hmmm… sedap. Boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Ikan Kembong Masak Kicap

Resepi Ikan Bawal Masak Stim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *