Assalamu’alaikum…

Hari ini merupakan hari yang santai sahaja buat saya. Pagi tadi selepas sahaja bersarapan terus masak tengahari kerana Aisyah call. Mama bila nak datang? Isyah lapar.. haaa tanpa berlengah lagi terus masuk dapur keluarkan ikan yang memang dah ada dalam peti ais tu. Khidmat anak perawan yang sulong tu di perlukan suh gek kedai jap kebetulan tak de stok tomato. Ikan merupakan menu kegemaran keluarga selain ayam. Kali ni saya masak Ikan Bawal Masak Sambal. Menu yang mudah, ringkas, cepat dan yang penting sedap.

Dulu masa kecil saya suka sangat ikut mak dengan abah ke rumah orang kahwin. Selalu nya saya akan menangis sampai tahap guling-guling kalau tak dapat ikut, tengok tu perangai tak baik tau. Alhamdulillah anak-anak saya tak de yang ngikut mama nya hahaha.. sabar je la kan.. begitu la “Drama Queen” bila abah saya kata “ok la ikut lah” trus tak nangis dah trus cecepat nak mandi nak pakai baju “gown” adehh isk isk saya.. 😉

Saya suka ke majlis perkahwinan kerana suka tengok pengantin, suka makan sedap, suka makan pulut kuning tu. Pastu suka dapat telur tu, dulu kalau dapat telur tu bangga wo, lagi-lagi dapat makan dengan pengantin selalu nya menu ikan masak sambal mesti ada.. jadi setiap kali masak atau makan masakan ni buat saya mengimbau kisah masa kecil dulu.. masa nenotty sgt.. 😀 Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal – cuci bersih dan toskan
  • 1/2 cawan cili kisar – rebus cili kering, kisar lumat
  • 2-3 ulas bawang merah – tumbuk
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar – hiris nipis
  • 1 biji cili hijau – potong serong
  • Sedikit nisan/gula melaka
  • Garam gula secukup rasa

Cara Membuat:

  • Kelar ikan dan lumur dengan sedikit garam kunyit.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dan masukkan minyak baru untuk menumis secukupnya, tumis bahan tumbuk biar wangi, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang besar, tumis lagi sambil tambah air sikit-sikit hingga cili benar-benar masak.
  • Masukkan nisan, sos cili, sos tiram, masak biar sambal pekat dan perasa secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan cili hijau, padamkan api dan boleh la dituang atas ikan tadi.

Sangat mudah dan simple kan untuk membuat resepi Ikan Bawal Masak Sambal ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sambal Tumis Terubuk Masin Paling Lazat

Resepi Ikan Bawal Masak Sambal Lazat yang Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *