Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Bawal Masak Sambal Hijau – Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardi wala fis sama’ wa huwa sami’un alim (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama-sama kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, Sunnah Rasulullah saw..semoga Allah SWT protect us, our families from harm and always keep us safe, Aameen…

Update sekali lagi walaupun agak lewat dah. Cari kelainan sikit dalam masakan ikan, asik masak kicap atau masam manis je deh!.. tu cukup pasal dapur sendirik la ye. Ikan bawal masak sambal hijau, ilham dari sambal ijau padang ni. Cuma ubah suai sikit masuk daun limau purut, ternyata kombinasi yang amat sesuai sekali. Sedap la makan dengan nasi panas, dengan ikan yang digoreng garing dan sambalnya pedas-pedas manja.

Waduhhh!!! nikmatNya.. kalau yang suka makan sambil hidung berair-air boleh lebihkan cili padi. Nasi tu makan ciput tu je la buat syarat. Tu pun kira dh langgar pantang diet! kalau ikutkan hati memang boleh bertambah-tambah la layan dengan ikan sambal ni. Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas khilaf yang ada. Kalau takde idea nak masak, sekali-sekali boleh try ikan sambal hijau ni. Inysaa Allah sedap, cili hijau tu suami buat ulam gitu je..rangup la, pastu takpedas mana.

Nyum-nyum… sedapnya campak-campak masak, siap makan. Macam tu la gayanya orang malas nak ke pasar. Terpaksa gunakan apa jer yang ada dalam bakul ajaibku…hehehe. Jom kita skodeng resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal
  • 1/2 cawan santan
  • Sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan Kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau – untuk yang suka pedas boleh lah tambah cili padi merah.
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • Sedikit belacan

Cara Membuat:

  • Ikan dicuci bersih,kelar-kelar sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut.
  • Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas-panas..

Salah satu manfaat dan kandungan nutrien bawal adalah omega 3. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan di Makmal Penyelidikan makanan Jepun, kandungan omega 3 di bawal adalah sangat tinggi. Selain daripada manfaat yang telah disebutkan, omega 3 juga juga dapat mengikat kolesterol dan menurunkan kepadanya. Asid lemak Omega 3 adalah nutrien yang tidak dapat dikeluarkan pada badan. Jadi ia mestilah diperolehi dari luar.

Selamat mencuba… dan jangan lupa sahre ya… 😉

Read More: Resepi Kari Kepala Ikan Ala Mamak Paling Sedaaappp

Resepi Ikan Bawal Masak Sambal Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *