Assalamu’alaikum…

Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang masih menggunakan stok ikan bawal segar yang hubby beli di Tawau. Kali ini saya memasak Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api. Ini bukan entri baru tapi entri yang lama tertunggak. Bayangkan telah lama hubby ke sana, baru hari ini saya berkesempatan untuk menyiarkan entri ini. Tak adalah apa yang istimewa atau luar biasa dengan resepi ini, cuma untuk memanaskan sedikit blog yang dah mulai suam kuku sahaja, maka saya menulis entri ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikut setia blog saya kerana masih sudi singgah walaupun sejak kebelakangan ini saya agak kurang mengemaskini blog. Saya memang agak sibuk dengan tugas di pejabat yang menyebabkan saya tidak berkesempatan atau tiada mood untuk menulis apa apa.

Anyway bagi sesiapa yang tidak pernah lagi merasa masakan Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api cara menumis, bolehlah cuba resepi seperti di bawah. Tetapi ingat, gunakan minyak yang sedikit sahaja untuk menumis supaya tidak terbit minyak di permukaan kuah.

Bahan-bahan Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api:

  • 2 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan secubit gula
  • 15 batang cili padi *
  • 1 inci kunyit hidup tua*(*di tumbuk)
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 biji tomato hijau- di belah 4
  • 6 batang bendi
  • Minyak goreng

Cara-cara Membuat Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api:

  • Ikan di belah 2, cuci bersih dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sebentar…angkat dan ketepikan.
  • Masukkan serai titik dan bahan tumbuk halus ke dalam periuk.
  • Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga mendidih,
  • Tuang santan cair dan gaul sehingga mendidih. Masukkan bendi.
  • Masak hingga bendi lembut, tambah asam gelugor, garam dan secubit gula.
  • Tuang santan pekat, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau sekali sekala.
  • Masukkan ikan yangg telah di goreng tadi dan tomato. Biarkan mendidih sebentar.
  • Rasa dan jika dah ok, boleh matikan api.
  • Kemudian siap hidang.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Ikan Kembung Sambal Hijau

Resepi Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *