Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Bawal Masak Kuali yang Mudah dan Sedap – Pengetahuan kita sangat terbatas, sangat sedikit yang kita ketahui mengenai masa lalu, apalagi masa hadapan. Walaupun apa yang berlaku, saya harus redha dan pasrah. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari dan beri kita hujan, petir dan kilat. Sebab selepas itu, diberikan kita pelangi yang sangat indah. Begitulah rahmat dan kasih sayang Allah yang pasti memberikan kita sesuatu yang terbaik dan sesuai dengan kita. Hari ini, saya redha, saya pasrah dan saya menerima semua yang ditakdirkan sebagai Qadha dan Qadar. Saya hanya mampu merancang tetapi tidak mampu melawan perancangan Allah. Ya Allah, sempurnakanlah doa ku sepanjang di Tanah Suci yang lalu.

Sekarang saya mahu bercerita sedikit akan kisah resepi ini. Telah lebih 20 tahun saya menyimpan resepi ini dan pernah juga beberapa kali memasaknya. Resepi ini saya pelajari dari Kak Mey, rakan sepejabat yang telah lama bersara. Kak Mey memang pandai memasak. Jadi saya yang ketika itu baru berkahwin selalulah meminta resepi dan disalin di dalam buku masakan. Haaa… tengok salinan resepi di buku resepi saya yang telah usang. Zaman dulu mana mampu beli buku masakan. Lagi pulak resepi di buku masakan, banyak yang tak menjadi terutama kek dan biskut. Itu mengikut pengalaman saya sendiri lah. Sila Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Setelah lama buku resepi saya terperap, hari ini saya menggeledah resepi resepi yang terdapat di dalamnya. Semuanya resepi yang telah saya pernah cuba. Kebanyakan resepi yang diperolehi dari kawan-kawan pejabat dan keluarga. Ada juga yang saya salin dari rancangan masakan di TV. Resepi Ikan Bawal Masak Kuali ini sangat mudah dan memberikan sedikit kelainan. Kalau mencari masakan ini di restoran, pasti tak jumpa nyer. Jadi kalau nak merasainya, kenalah memasaknya sendiri. Boleh juga digunakan ikan bawal putih tapi kena lah cari yang bersaiz besar, barulah rasanya sedap bak isi ketam. Jom layan resepi…

Resepi Masakan Ikan lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 – ekor ikan bawal kecil (ikut lah jenis ikan yang di guna)
  • 4 sudu besar cili yang telah dikisar
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia, kunyit hidup dan lengkuas *
  • (Kisar bahan bertanda *)
  • 2 batang serai di titik
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/3 cawan santan
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit kiub ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara Membuat:

  • Bersihkan ikan, perap dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
  • Dalam kuali lain, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak sedikit.
  • Masukkan air asam jawa dan halba, tumis hingga sebati. Boleh tambah air jika agak kering.
  • Masukkan santan, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan kacau sebati. Boleh diangkat dan di hidang.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Bawal Masak Kuali ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu serta rakan-rakan di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Tenggiri Goreng Berempah Paling Lazat

Resepi Ikan Bawal Masak Kuali yang Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *