Assalamu’alaikum…

Resepi Gulai Sotong Sumbat Sedap – Dalam peti ais ada 4 ekor jer sotong. Tapi saiznya sederhana. Kalau nasi putih dengan lauk sotong, nak makan berenam memang tak cukup ni. Jadi saya decide untuk buat nasi lemak dan sotong sebagai lauk sampingan. Kira okey lah tu kot ada telur rebus dan sambal bilis berserta timun.

So, special sikit kali ni. Kita cuba buat sotong sumbat. Biasanya orang sumbat dengan telur. Ada yang campur udang, ada yang campur tauhu, tapi saya campur dengan kentang. Konsep asasnya adalah sumbat. Kuahnya pula boleh dipelbagaikan ikut kesukaan. Ada yang suka sotong masak kicap, kari, sambal ataupun goreng kunyit. Ikut la mana-mana suka. Saya buat Gulai Sotong Sumbat.

Mungkin lapar, atau mungkin kena dengan selera. Encik suami tambah nasi 2 kali, anak lelaki tambah 2 kali dan anak perempuan tambah 1 kali. Kira puas hati sangat bila mereka berselera makan. Itu bermakna hidangan sotong sumbat saya ni menjadi la kan?? Hehehe…

Artikel Lain:

Bahan inti sotong:

  • 4 ekor sotong saiz sederhana
  • Isi ayam (aku guna 2 belah peha)
  • 1 biji telur rebus
  • 2 helai daun limau purut
  • Secubit garam

Cara membuat:

  • Blendkan isi ayam, telur rebus dan secubit garam.
  • Tambah daun limau purut yang diracik halus dan gaul sebati.
  • Sumbatkan inti ke dalam perut sotong.
  • Tutup inti dengan kepala sotong.
  • Masukkan sotong sumbat ke dalam periuk kukusan.
  • Taburkan secubit garam ke atas badan sotong.
  • Kukus sotong selama 5-7 minit dengan api sederhana.

Bahan kuah:

  • *1 labu bawang besar – blend/tumbuk
  • *1/2 cm kunyit hidup – blend / tumbuk
  • *1 biji lada hijau – blend / tumbuk
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 helai daun limau purut – diracik
  • 11/2 cawan air
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

  • Masukkan bahan bertanda (*) dan serai ke dalam periuk.
  • Tambahkan sedikit air dan biarkan ia masak seketika.
  • Bila air agak kering, tambahkan lagi baki air tadi, santan, sotong yang telah dikukus dan daun limau purut.
  • Sentiasa kacau supaya santan tidak berbintil.
  • Masukkan asam keping.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Keluarkan kembali asam keping jika kuah terasa masam dan sesuaikan kembali rasanya dengan menambah gula dan garam.
  • Bolehlah dihidang untuk dimakan bersama nasi putih.

Faedah Sotong:

Sotong membantu badan menyerap zat besi dan zat tembaga. Sotong boleh menyediakan tubuh dengan 90% tembaga, mineral yang memainkan peranan dalam penyerapan, penyimpanan dan metabolisme besi dan pembentukan sel-sel darah merah. Kekurangan kuprum dalam badan sakan mengakibatkan anemia.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Cara Memasak Kari Ikan Senangin

Incoming search terms:

Resepi Gulai Sotong Sumbat Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *