Assalamu’alaikum…

Selamat berjumpa kembali di blog saya yang sederhana ini. Hari ini saya nak kongsikan Resepi Gulai Masam Ikan Kembung. masakan ikan kembong ialah masakan kegemaran saya dan keluarga dan boleh dikatakan masakan kesukaan bangsa johor. Rasa ikan kembung memang sedap dan boleh dibuat apa pun mengikut selera. Belum lama ini saya sudah share macam-macam resepi ikan yang boleh anda baca dibawah ini.

Tengah tengok-tengok dalam album gambar di dalam hp saya. Tiba-tiba terlihat gambar lauk¬†Gulai Masam Ikan Kembung yang saya masak sebelum ni. Masa ambil gambar ni, saya masukkan dalam Facebook sebab masa tu ada beberapa kawan saya yang tak tahu apa itu gulai masam. Mungkin sebutan di beberapa negeri tak sama. Di sebelah utara kami sebut “Gulai Masam“. Di sebelah Selatan pula disebut sebagai “Kuah Pindang“. Di sebelah timur disebut sebagai “Singgang“. Tapi mungkin bahan-bahannya ada beza sedikit.

Masakan ni adalah masakan yang amat mudah. Sesuai di makan bila-bila masa terutama ketika demam. Bagi penggemar seperti saya, setiap kali makan, pinggan saya akan banjir dengan kuah. Bila nasi dah habis, kami akan hirup kuah dari pinggan.. Hahaha.. terukkan.. Tu masa kecil dahulu. Sekarang dah sopan santun sedikit.

Ada yang tanya ikan kembong dengan ikan mabong sama tak??? memang betul bila sekali tengok akan nampak sama sahaja. Tetapi, ikan mabong badanya lebih lebar sedikit dan ikan kembong badanya besar dan panjang. Jom kita layan resepi dibawah.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan kembung bersaiz sedang – dipotong-potong
  • 6 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • Belacan – secukup rasa
  • Sebatang serai – dititk
  • 3 tangkai daun cendehum / kesum
  • 2 keping asam gelugur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji tomato – dibelah 4

Cara-cara penyediaan:

  • Tumbuk cili kering bersama sedikit garam. Setelah lumat, masukkan bawang merah dan belacan. Tumbuk lagi hingga bawang pulak lumat.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
  • Masukkan sekali kesemua bahan2 lain termasuk ikan kembung.
  • Last sekali, masukkan air hingga paras ikan. Kalau nak kuah banyak, masukkan air lagi.
  • Tenggek atas api hingga mendidih dan masukkan tomato.
  • Siap untuk dihidangkan. Hmm…terliur pulak. Terasa kemasamannya.

Nota :

Ada setengah orang suka letak belimbing buluh. Terpulang pada orang yang nak makan. Tapi akan lebih masam. Kena seimbangkan rasanya nanti.

Read More: Resepi Ikan Nyok-Nyok Goreng Sambal Pedas

 

Resepi Gulai Masam Ikan Kembung Paling Simple dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *