Assalamu’alaikum…

Resepi Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang Paling Sedap – Semasa singgah di kedai runcit, ternampak ikan tongkol berbunga yang biasa diguna dalam menyediakan lauk nasi dagang Terengganu. Ianya menpunyai isi putih berbanding dengan ikan tongkol warna perak yang biasa diguna untuk lauk nasi dagang Kelantan. Ikan tongkol memang lauk kegemaran saya. Tapi syaratnya ia mesti direbus terlebih dahulu menggunakan asam dan garam yang banyak. Selain dibuat gulai, saya suka juga ikan tongkol rebus yang digoreng.

Seperti yang semua sedia maklum, gulai nasi dagang Terengganu lain dengan gulai nasi dagang Kelantan. Biasanya gulai nasi dagang Kelantan adalah gulai lemak kuning walaupun ada ketikanya berwarna kemerahan kerana menggunakan serbuk kari.

Orang Kelantan panggil gulai lengkuas kunyit. Nasi dagang Kelantan dimakan dengan sambal kelapa ikan, telur rebus dan hirisan timun. Nasi dagang juga berbeza di mana nasi dagang Kelantan menggunakan beras nasi dagang yang berwarna purple.

Aisyah memberitahu yang dia tak suka ikan ini. Aduhaaai, ikan ni pulak kegemaran saya. Saya tanya bukankah Aisyah suka makan nasi dagang. Katanya dia makan nasi dagang dengan lauk ayam atau lauk Itik Serati sahaja. Hhmm… saya tak perasan lah selama ni kalau dia tak makan lauk gulai ikan tongkol masa makan nasi dagang. Nampak sangat saya ni bila jumpa nasi dagang, dah tak peduli kiri kanan.

Artikel lainnya:

Bahan-bahan:

  • 9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (saya guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam dan 6 keping asam gelugur dan 1 cawan air)
  • santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (saya guna anggaran 5 cawan santan)
  • 2 biji cili merah dibelah dua (saya ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
  • 2 biji tomato dipotong 4
  • 2 biji timun dipotong ikut suka (saya tak letak)
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa (sesuaikan dengan ikan rebus – dah sedia masin)
  • Saya tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan) (saya tak letak)
  • Saya tambah 1 sudu besar gula merah

Bahan kisar

  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 15 biji cili kering
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • Segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air

Cara Membuat:

  • Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
  • Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
  • Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
  • Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
  • Masukkan tomato, usik-usik kejap kuah dan angkat.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba… 😉

Read More: Sotong Goreng Kicap yang Wajib Cuba

Resepi Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *