Assalamu’alaikum…

Resepi Gulai Ikan Cencaru yang Sedap dan Mudah – Selamat petang untuk semua kawan-kawan. Malam ni bola ada saper-saper ke stadium ker? minat betul nampaknya. Saya tak minat bola en hubby jelah yang minat. Saya tak ke stadium pun nonton kat rumah je, tak kuasa nak berasak-asak kat stadium semalam, en hubby ada jugak ajak pergi stadium. Alahaii…malas lah, saya tak suka tempat-tempat ramai orang dan berasak-asak cam tu. Baik nonton dari rumah je, selesa boleh landing-landing dan boleh makan-makan sambil nonton. 😀

Suka makan gulai tak? en hubby saya sangat-sangat suka makan kari, almaklum penang mari. hehehe… Ingat lagi mula-mula kawin dulu, tiap kali masak gulai, fail! ada je yang tak kena. Masa tu memang rasa susah giler nak masak gulai, lagi rasa susah sebab nak menepati citarasa en hubby.

Alhamdulillah sekarang dah boleh dah. hehehe… Tak adalah pandai sangat pun, tapi kira orait la kalau nak compare dengan dulu. Tak sure lah betul ke tidak cara penyediaannya, tapi yang pasti hasilnya cukup-cukup memuaskan hati en hubby puas dan sangat happy bila en hubby cakap sedap, wangi rasa macam kat kedai mamak. hehehehe…

Semalam kita buat gulai ikan. Asalnya nak masak kepala ikan, tapi malas pulak nak ke JJ. Singgah kedai runcit kat rumah je beli ikan macam biasa, buat gulai bersantan. Berselera sungguh makan nasi semalam, kena pulak ngan ulam timun batang dan ikan cencaru goreng. Sedapnyeee… En hubby semalam makan nasi sampai 2x jam 8 makan, jam 12 makan lagi. Rasa puas sangat masak bila en hubby berselera makan. hehehe…

Jom resepi yang sedap dan mudah bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru – dibersihkan
  • Asam jawa
  • Garam dan perasa – secukup rasa
  • Cili api – ditumbuk
  • Bawang merah – ditumbuk
  • Bawang putih – ditumbuk
  • Halia – ditumbuk
  • Serai – diketuk
  • Santan pekat
  • Serbuk kunyit – sedikit sahaja (untuk mencantikkan warna kuah)
  • Air masak – sedikit sahaja
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat:

  • Lumurkan ikan bersama asam jawa dan garam.
  • Bakar ikan yang telah dilumur tadi di atas kuali leper.
  • Bakar separuh masak di kedua-dua belah ikan.
  • Bila dah masak, buangkan kulit keras dan kulit yang hangus-hangus ditepi-tepi ikan.
  • Tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga garing.
  • Masukkan ikan yang telah dibakar tadi.
  • Masukkan juga air masak dan serbuk kunyit.
  • Kacaukan ia dan biarkan mereneh sehingga air mengering.
  • Masukkan pula santan pekat.
  • Masukkan garam dan perasa.
  • Rasakan kuahnya dan dikacau sebentar.
  • Bila menggelegak sekali terus ditutup api (untuk mengelakkan santannya pecah minyak).
  • Hidangkan dan boleh lah dimakan bersama nasi putih panas-panas.

Mudah je kan cara buatnya? selamat mencuba… 😉

Read More: Ikan Belanak Masak Asam Pedas dan Beberapa Faedah untuk Tubuh

Resepi Gulai Ikan Cencaru yang Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *