Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera Semua…

Resepi Gulai Belut Sedap – Long time no see 😉 dah beberapa purnama (cheeewah purnama) tak sentuh blog yg satu ni. Jangankan berblogging nak online tenet pun jarang sekali. Sibuk mengalahkan yb pulak. Bukan ape saya semakin sibuk dengan homemade biz yang perlu diuruskan. Semua kene uruskan sendiri, plus dengan kerja rumah dan menguruskan anak-anak sekolah lagi yg memang tak pernah habis. Apepun syukur dengan rezeki yang datang.

Ade sesape yang tak makan belut ke?? Sedap beb. Tapi part nak bersihkan segala bagai belut tu aku surrender awal-awal memang tak pandai. Ade orang buat sup, goreng pun sedap. Tapi aritu ade plak buah ara, belut n buah ara tu aku dapat dari mertua bukan beli pun. So saya masak la kari, perghhh mantap, bertambah-tambah makan nasi.Tapi bukan saya okey yang bertambah-tambah nasi tu. Mane boleh makan nasi bertimbun-timbun ye puan-puan, abis la diet nanti.

Okey layan dulu kari belut berikut ni.

Bahan-bahan Gulai Belut Sedap:

  • Belut atau ikan
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 inchi lengkuas*
  • I inchi kunyit*
  • 4 tangkai cili padi*
  • Seikat daun kesum
  • 1 1/2 cwn santan cair.
  • 1 keping asam keping
  • Garam

Cara-cara Membuat Gulai Belut Sedap:

  • Belut atau ikan sungai yg diguna sebelum dimasak perlu direndam dalam air asam jawa terlebih dahulu. Rendam lebihh kurang 10 minit untuk hilangkan hanyir.
  • Kisar semua bahan bertanda (*).
  • Kemudian masukkan bhn kisar, santan , asam keping dan belut ke dalam periuk.
  • Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan daun kesum dan garam.
  • Tunggu hingga belut masak.
  • Siap, bolehlah dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Sekadar resepi masakan harian yang telah dicuba. Diabadikan di dalam blog ini untuk rujukan sendiri /anak-anak dimasa hadapan. Blog ini menitipkan resepi-resepi masakan, sama ada resepi warisan keluarga, dari sahabat handai atau pun resepi yang diperolehi daripada surfing saya. Jika anda sudi, anda juga boleh mencuba. Semoga ada manfaatnya.

Tips:

  • Tak tutup kemungkinan untuk menambah dengan bawang merah goreng sebagai taburan.
  • Jumlah cili yang digunakan boleh diatur.
  • ia disyorkan untuk menggunakan cili merah

Resepi belut bumbu kuning kuah santan pedas ni cukup untuk 8 porsi.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas yang Simple dan Ringkas

Resepi Gulai Belut Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *