Assalamu’alaikum…

Resepi Fish & Chips yang Lazat Sangat – Hari-hari makan nasi, tak bestkan. Kecuali kalau anda memang tak boleh tak makan nasi. Saya cuma tak boleh kalau tak makan nasi seminggu. Kalau tak makan nasi setakat 2-3 hari tu, masih ok lagilah kiranya. Lagi-lagilah kalau hari-hari tak makan nasi tu, saya dapat makan Western. Sungguh I like like like….

Oleh kerana kita ni ada di Eastern bukannya Western part of the World. Maka, makanan yang Wild Wild West ni memang agak mahal. Jadi, kalau di rumah ada kuali atau peralatan-peralatan memasak yang sepatutnya, marilah kita mencuba untuk masak sendiri Western Cuisine nih. Kalau berjaya, anda akan tersenyum lebar kerana tetiba je ruang makan anda bertukar menjadi ala-ala Manhattan Fish Market atau pun Tony Roma’s.

Hari ni saya nak kongsi-kongsi resepi untuk menggoreng Fish & Chips. Saya akan kongsi-kongsi cara nak buat adunan Fish. Untuk Chips tu, beli jelah fries kat pasaraya yang tinggal nak goreng dan taruk garam tu.

Ngidam nak makan Fish and Chips, nak beli tak tahu kat mana jadi buat sendiri je la. Skodeng sana sini banyak resepi guna beer dalam adunan diorang. Biasalah, makanan barat. Last-last jumpa satu website ni nampak macam ok. Tapi sekali buat banyak pula dapat walaupun buat separuh. Huhu… Pastu tepung gandum pun macam tak cukup, terpaksa ditambah sebab adunan nampak cair sangat. Apapun, selamat sudah Fish ‘n Chips dimakan malam tadi, haha.. Sila layari juga channel youtube-nya klik SINI.

Sumber : NaniRostam Resepi Nannie Aku.Zack

Resepi Masakan Ikan Lainnya: 

Bahan-bahan:

  • Perapan 4 keping ikan dori
  • Serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • Garam
  • Jus lemon

Cara Perap:

  • Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  • Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam. Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.

Bahan Batter/Adunan:

  • 1 cawan air (secukupnya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Bread crumb

Cara-cara Membuat:

  • Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul hingga korang dapat Lina pg guna hand whisk)
  • Note: Konsistensi batteryang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.
  • Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  • Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  • Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis .

Note: *adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda *ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Siakap Tiga Rasa Paling Mudah dan Simple

Resepi Fish & Chips yang Lazat Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *