Assalamu’alaikum…

Resepi Fillet Ikan Dori Sos Masam Manis – Pernah makan dori fillet tak? Ikan ni adalah “feveret’ kami sekeluarga!. Biasanya ia di jual di pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan lain lain. Kalau nak beli kena cari kat peti sejuk beku pasaraya tersebut dan biasanya ia di jual 1 paket dalam lebih kurang Rm 5.00 – 6.00 sahaja.

Masa mula-mula nak beli was-was juga!! bukan apa… takut tak sedap atau tawar. Maklum sajalah Import frozen fish… dah berbulan-bulan disimpan dan disejukbeku, mungkin rasanya akan menjadi kurang enak! Tetapi sangkaan saya meleset!… Rasa ikan ini masih sedap manis dan lemak!! Seingat saya dalam banyak kali beli cuma sekali saja yang kurang manis rasanya. Selebihnya memang sedap!!

Biasanya ikan ini saya masak masam manis je… Kesukaan anak saya!! Cubalah resepi ni…

Untuk bancuhan tepung:

  • 4 sdb tepung gandum
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Garam. lada sulah, air
  • Kesemua bahan ni, bancuh pekat tau, baru rangup
  • Macam saya, saya guna 2 keping fillet, jadi saya doublekan bancuhan

Cara-cara:

  • Ikan defrost dulu tau (keras tak boleh potong..hehe)
  • Kemudian dipotong kiub (Bila potong saiz kiub, 2 keping fillet dapat banyak giler..haha)
  • Perap dulu dengan garam dan lada sulah.
  • Kemudian celupkan ikan dalam bancuhan tepung tadi, goreng dalam minyak yang panas.
  • Maka jadi lah macam ni

Macam cucok cempedak. haha… Sementara tunggu goreng tadi, boleh lah sedia bahan untuk buat sos. Saya ambil sos/kuah masam manis ni dari resipi ikan masam manis buku chef Roshiana.

Bahan untuk sos:

  • 5 biji bawang merah (saya gantikan dengan 2 biji bawang besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 sdb sos tomato
  • 3 sdb sos cili
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato (saya tak letak)
  • Sayur campuran/Mix vege (saya tambah)
  • Daun bawang dan daun sup
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Tumiskan bawang-bawang dan halia sehingga kekuningan dan wangi
  • Selepas itu masukkan sos-s0s dan air, masak sehingga agak pekat
  • Perisakan dengan garam dan gula (jika perlu)
  • Tuang pada ikan yang dah digoreng tadi dan bolehlah dihidang
  • Kuah tu jangan tuang awal-awal tau. Nanti kembang dan lembik tepung ikan tuh, dah tak kriuk kriuk
  • Sedap kalau dihidang panas-panas

Okey…siap da update 1 entri. Selamat mencuba… 🙂

Read More: Resepi Ikan Bawal Masak Stim

Resepi Fillet Ikan Dori Sos Masam Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *