Assalamu’alaikum…

Resepi Dalam Pantang, Sup Ikan Haruan Paling Sedap dan Simple – Hari ini pagi-pagi lagi kami bertolak ke Bangi untuk melawat kakak ipar saya yang baru bersalin semalam. Di sana berkesempatan tengok my mother in law sediakan sup ikan haruan. To be frank saya memang jenis tak makan ikan sungai. Pernah a few times cuba rasa masakan di kedai tapi tekak tak boleh terima. Masa pantangkan Aqil dulu saya sempat berpantang di rumah my parents in law selama 2 minggu.

First time makan sup dan singgang ikan haruan. Amazingly my tekak boleh terima. Sedap especially bila makan tengah-tengah panas tu. Tapi masa tu sibuk dengan baby. Tak sempat nak tengok macam mana preparation for the sup. Jadi kali ni saya ambil kesempatan tengok macam mana my mother in law masak. Layari juga channel youtubenya klik SINI.

Pernah dengar ikan sungai seperti keli dan haruan berlendir tapi baru kali ni berkesempatan nak touch dengan tangan sendiri. Memang licin betul badan ikan tu dengan lendir. My mak bersihkan dengan asam limau, garam kasar dan asam jawa. Sisik-sisik dan sirip tajam semua dibuang (kalau nak senang guna gunting). Kalau tak nak rasa hanyir memang kena bersihkan sampai lendir tu hilang. I know some people said lendir tu yang banyak khasiat. Tapi kalau sup berbau hanyir nanti sure fobia and stress orang-orang dalam pantang yang terpaksa makan ikan tu.

Masa saya dapat tahu Mr hubby beli ikan haruan untuk mak masak dulu rasa macam nak menangis. Stress betul. Kalau tak makan nanti takut pulak mak mertua kecik hati penat-penat masak. Alhamdulillah it turned out to be sedap. Actually isi ikan tu isi ikan tersebut terdapat sejenis bahan yang diberi nama Glycine iaitu sebahagian daripada komponen kolagen dalam sel kulit manusia. Bahan ini akan bertindak mempercepatkan percantuman kulit yang terluka dan seterusnya membentuk sel baru. Jom kita tengok resepi…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 1 biji-mayang
  • Bawang putih 1 ulas-mayang
  • Halia 1inci-dihiris halus
  • Sedikit minyak masak untuk menumis,
  • Serai 2 batang- dititik
  • Kulit kayu manis,
  • Bunga lawang,
  • Sup Bunjut,
  • Ikan haruan 3 ekor,
  • Kiub ikan bilis-aku guna setengah jer
  • Cili padi
  • Lada sulah,
  • Daun limau purut
  • Daun sup-aku letak sikit jer
  • 2 biji limau kasturi,
  • Garam dan gula secukup rasa,
  • Air – agak-agak la korang nak kuah banyak mana.

Cara-cara Membuatnya:

  • Macam biasalah, mula-mula kena panaskan minyak, saya letak minyak sikit jer, syarat nak menumis jer, kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang,korang mesti tertanya-tanya kan mana pi bunga cengkih aku, huhu. Actually aku tak suka guna bunga cengkih, biaqla bunga cengkih tu nak kecik hati pun..bau dia kuat sangat..potong stim saja…
  • Lepas tu masukkanlah geng2 bawang dan halia tadi..macam ni la rupa dia..
  • Bila dah wangi, hmm wangi tau harum semerbak bau dia, dah harum tu korang masukkanlah air, kiub ikan bilis dan sup bunjut.
  • Bila dah didih tu masukkan serai dan cili padi.
  • Kemudian masukkan ikan, Ops! lupa pulak nak cerita bab ikan, ikan tu sebelum cuci bersih, aku rendam dulu dengan garam dan limau, supaya ikan tu nanti tak hanyir.
  • Ermm…Sambil-sambil masak tu zikir la Subhanallah, Subhanallah..banyak-banyak kali pun takpe..anak-anak makan, suami makan ada keberkatan dia kat situ…wah! kuliah malam Ahad la pulaks.
  • Ok, sambung balik cerita sup tadi, Lepas tu masukkan lada sulah, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  • Kemudian aku perah limau kasturi dan masukkan sikit hirisan bawang besar, bwg ni berrtujuan untuk memaniskan kuah, Last sekali masukkan daun sup dan daun limau purut.
    Hasilnya..Tadaaaaa…….dah siap..

Selamat mencuba dan Semoga berjaya…

Read More: Cara Masak Sup Ikan Salmon Mudah dan Ringkas Terkini

Resepi Dalam Pantang, Sup Ikan Haruan Paling Sedap dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *