Assalamu’alaikum…

Bila teringat dalam peti masih ada secekak lagi daun kucai lebih dari memasak Cucur Kentang baru baru ini, saya terus ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan membuat Cucur Ikan Bilis. Jika tak segera digunakan, daun kucai akan rosak dan terbuang begitu sahaja. Aisyah selesai ujian dah petang, jadi kami tidak sempat untuk pergi ke program orientasi. Aisyah terus mendaftar selepas taklimat ringkas dan memulakan pengajian pada keesokannya. Selamat memulakan pengajian buat Aisyah. Semoga menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.

Ikan bilis boleh digoreng seketika atau boleh juga ditumbuk kasar. Tapi ikan bilis yang saya gunakan agak lembut, jadi saya tak buat apa apa. Hanya basuh dan terus masuk ke dalam adunan. Kalau biasanya, saya meletakkan sedikit baking powder tapi hari ini saya menggantikannya dengan soda bikarbanat selepas membaca cadangan dari seorang blogger.

Saya memang suka mencuba tips dan petua yang dikongsikan dalam apa-apa jua berkaitan dengan masakan. Biarlah kita berilmu dalam masakan yang boleh kita panjangkan pula untuk manafaat orang lain. Kalau diperhatikan gambar, saya suka membuat kuih cucur yang sedikit lonjong dari yang berbentuk bulat, jadi lebih garing sedikit. Hahaha… suka yang garing-garing gituu. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Walaupun dah sejuk, masih lagi lembut. Hari ini cucur ikan bilis hanya dicicah dengan sos cili sahaja.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Bawang besar (Didadu)
  • Ikan bilis (Ditumbuk halus) – Saya gantikan dengan udang geragau
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lobak (Dihiris)
  • Sedikit daun sup
  • Air panas mendidih secukupnya

Cara-cara Membuat:

  • Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun sup.
  • Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas yang besar.
  • Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian.
  • Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu.
  • Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh seperti di dalam gambar. Ikut kesesuaian nak buat saiz apa.
  • Goreng seperti biasa dan selalu balikkan cucur sehingga garing sekata.

Paling sedap cucur bilis ini memang di makan ketika masih panas dan bersama kopi atau teh O. Jadi bagaimana mudah sahaja kan resepi cucur ikan bilis yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Mudah

Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup yang Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *