Assalamu’alaikum…

Resepi Cara Membuat Bubur Ikan yang Lazat – Selamat pagi…Salam hangat buat semua, semoga sehat dan ceria selalu disamping keluarga yang tersayang. Saya agak tak berapa nak sihat lagi kalau semalam rasa sakit perut memulas. Hari nie macam rasa fening-fening sedikit kepala saya nie jadi pepagi lagi saya dah telan ubat tekanan darah tinggi. Alahai nampaknya terapi minda yang selalu saya lakukan iaitu beritahu pada diri sendiri saya sihat dan mantap tak berapa berkesan minggu nie.

Tapi saya gagahi juga untuk kepejabat..memandangkan minggu-minggu yang tak berapa nak sihat nie ada gak kawan-kawan di pejabat nie yang selsema, dan macam-macam lah penyakit timbul ada gak yang bertanya bila nak hari gaji lagi padahal kita baru melalui 4 hari dalam bulan ini…penyakit jugak kan tu. Oppss perkara-perkara sensitif macam nie kena cakap pelan-pelan sikit.

Tak boleh kuat-kuat nanti ada yang marah saya pulak. Bersyukurlah pada apa yang ada dan yang pentingnya kita kena la mengamalkan sikap berjimat cermat, yer tak Supaya sentiasa cukup bila nak menunggu gaji yang seterusnya. Sememangnya semua orang ada masalah jadi antara penyakit-penyakit yang diberikan pada kita nie sama ada penyakit yang ringan atau yang berat adalah dugaan dari Allah yang menguji sejauhmana kita boleh bersabar.

Sementelah bercerita pasal orang sakit nie, semalam adik saya Bedah masak Bubur Nasi Ikan yang sangat sesuai di makan oleh orang-orang yang tak brapa nak sihat macam saya dan kebetulannya pula suami bedah tu pun sakit gusi. Eemmm… jadi satu rumah lah kena makan bubur nasi ikan..dah dimasak seperiuk memang la sedappp u sampai ke petang abis..seperiuk bubur. Teringat pulak cerita melayu dulu yang mak dia masak bubur cair makan ramai-ramai pastu bila mak dia nak makan bubur dah abis dia masukkan air dalam periuk kocak-kocak dan makan tu pun anak dia kata mak dia tamak nak makan sorang-sorang.

Sedih betul cerita tu, apa yer tajuknya saya pun tak ingat yang berlakun tu tak silapnya jadi mak dia Latifah Omar. Bagus cerita lama-lama patut dijadikan iktibar oleh anak-anak zaman nie. Betapa susahnya ibu bapa nak membesarkan kita sampai sanggup tak makan kerana lebih utamakan anak-anak. Dah masuk bab cerita melayu lama pulak saya eks. Jom la kita tengok resepi saya bedah di bawah nie ok..

Nutrisi:

1 hidangan: 5 orang
Kalori: 172kcal
Karbohidrat: 15.5gm
Protein: 15.0g
Lemak: 3.1g
Serat: 1.5g
Kolesterol: 2mg

Baca Juga: 

Bahan A:

  • 2 potong ikan tenggiri (rebus dengan setengah inci halia hingga masak dan keluarkan isinya-ketepikan)

Bahan B:

  • 1 cawan beras hancur (basuh dan terus didihkan)

Bahan C:

  • 3 ulas bawang putih (didadu kecil )
  • 1 ulas bawang besar (didadu kecil)
  • Sebatang serai (dititik)
  • 1 biji kentang kecil (didadu kecil)
  • Sedikit carrot (didadu kecil)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 3 sudu besar santan/ susu cair

Cara Membuat:

  • Sementara beras dididihkan, tumis bawang putih,bawang besar, serai dan halia hingga layu dan wangi
  • Masukkan hasil tumisan bawang, serai, kentang dan carrot ke dalam bubur yang telah mula pecah. (Sentiasa tambah air ke dalam masakan bubur ikut keperluan)
  • Setelah bubur dan sayuran benar-benar telah masak, masukkan isi ikan dan santan/susu cair.
  • Kacau rata hingga mendidih. (Boleh juga campurkan bubur ini dengan air rebusan ikan tadi)
  • Sedia dihidangkan dengan bawang goreng dan sambal kicap

Nota:

Jangan bimbang bila bubur nasi dah sejuk airnya menjadi kering. Masukkan sesenduk air panas dan kacau rata dan boleh dihidangkan semula.

Read More: Resepi Sardin Goreng Halia Ringkas dan Menyelerakan

Resepi Cara Membuat Bubur Ikan yang Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *