Assalamu’alaikum…

Resepi Belut Paprik Sedap dan Mudah – Setiap pagi isnin memang agak meriah sebab ada pasar pagi yang terkenal dipanggil Pasar Ssena. Ssena ni bermaksud Isnin, orang kelantan panggil hari isnin sebagai hari ssena. So, pasar isnin dipanggil pasar ssena. Tengok la kreatip tak kreatip bahasa saya. hehehe… Gambar paprik belut ni dah lama dah. kalau tak silap saya hujung tahun 2016. sekarang ni dah hampir hujung tahun 2017.

Balik kampung tahun lepas. pergi pasar ssena. Ternampak ada mokcik ni duduk bersila jual belut. Belut yang dia jual memang dia dah siap-siap siang dan bersihkan dan dah siap-siap pack kan dalam plastik. Saya masuk dekat dan tanya berapa RM. Katanya RM14.00. Saya ingat RM9 jek hehehe… Lalu saya beli sepeket.

Saya ni memang dah lama teringin nak makan belut, tapi tu la…nak siang saya tak reti. Malahan geli campur tsayait. Sebab belut tak duduk diam. pergerakan dia macam ular dan sangat licin. Dah beli balik masak paprik, sedap weyh… Nah tengok resepi bawah ni kalau nak cuba.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor belut
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan sos cili
  • 3 sudu sos tiram
  • 8 sudu kicap
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar- dipotong
  • 4 ulas bawang putih- dihiris
  • 1 sudu halia -yg telah dihiris
  • 1/2 batang lobak merah
  • 3 urat kacang panjang – potong 1″
  • 2 biji cili merah sedikit daun sup
  • Garam
  • Sedikit tepung gandum- membasuh
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara membuat:

  • Mula-mula bersihkan belut dan lumurkan dengan tepung gandum.
  • Basuh sekali lagi daripada tepung gandum dan tos Lumurkan dengan kunyit dan garam.
  • Goreng sehingga masak- usah terlalu garing.
  • Selepas itu, bolehlah panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar yang
  • telah dimayang.
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap- kacau sehingga sebati.
  • Selepas tu, campurkan lobak merah dan kacang panjang yang telah dipotong
  • Masukkan belut goreng tadi.
  • Jangan lupa cili merah yang telah dipotong.
  • Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun sup yang telah disiat/dihiris.
  • Jika dah masak, tutu api dan hidangkan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Ikan Keli Sambal Kicap Sedap

Resepi Belut Paprik Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *