Assalamu’alaikum…

Resepi Belut Masak Halia Paling Sedaaappp – Teringat masa hari raya dulu. Weekend lepas, kita orang balik kampung mengejut. Plan asal, memang taknak balik sebab ada hal kat KL ni. Tapi sebab ada hal family – tok sedara Apis meninggal dunia so kita orang decide nak balik kampung Sabtu petang. Perjalanan balik kampung memang smooth. But jalan menghala ke KL dah mula banyak kereta. Maybe dah ada yang mula balik KL dah. Almaklumlah, musim perayaan tu memang jalan jem so ramai la yang decide balik awal untuk elak jem.

Dan setiap kali balik kampung, walaupon sehari, macam-macam menu dah dok beratur dalam kepala ni. Mesti nak makan ni, makan tu. Pastu sejak aku kawen dengan Apis ni, salah satu menu wajib kena pergi makan ialah BELUT. Sapa sini makan belut? Kira masuk dalam makanan eksotik gak belut ni kan? 😉

Selalunya makan kat kedai je. Tapi kali ni, anak sepupu siap bagi belut yang segar bugar tu untuk masak nanti. Aku cakap, boleh kalau nak bagi. Tolong siang siap-siap letak dalam peti sejuk hahaha. Tak sanggup aku nak potong kepala dia. Eerrkkkkk…

Kat sini memang susah nak cari kedai makan yang jual belut ni kan. Dulu pernah terjumpa kat area Puchong Prima. Tak tau la ada lagi ke tak kedai tu. Masak halia tu senang je. Resepi ni aku selalu masak ayam. Kali ni, masak belut. Belut tu, gaul kunyit dan garam dulu dan goreng, ketepikan. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Halia tu bagi garing sikit, letak sos tiram dengan sos cili. Letak cili padi kalo nak pedas. Nasi panas-panas. Sedapppppp. Jom tengok resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Belut – siap potong dan dibersihkan dengan limau nipis (elak hanyir). Gaulkan dengan garam kunyit
  • Bawang merah – mayang
  • Bawang putih – mayang
  • Halia – mayang
  • Sos tiram, sos cili, kicap
  • Air, garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi
  • Masukkan air secukupnya, sos dan kicap jg secukup rasa
  • Masukkan belut, masak dan kacau-kacau hingga rata
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Jika rasanya dirasa dah cukup, lalu tutup api.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.

Mudah je kan, cara masaknya?… Semoga bermanfaat dan selamat mencuba…

Read More: Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada yang Membuka Selera

Resepi Belut Masak Halia Paling Sedaaappp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *