Assalamu’alaikum…

Resepi Belut Goreng Berempah – Hari kamis ada pasar malam depan umah MIL ni (jawi, penang) ni yang paling saya suka balik kampung ni. Pasar malam jalan dalam 5 langkah dah sampai hehehe… Makanan sedap-sedap plak tu, sedia duit je. Dah kata pasar malam depan umah je kan, takde la pakai baju lawa-lawa. Main tibai pakai t-shirt biru tudung kaler hijau hahaha… Dah macam orang sakai hihihi… tak pela… pasar malam je pon apa ada hal ni kes malas gosok tudung la ni. Main sarung je tudung yang dah siap gosok.

Damia pon pakai baju tido je, baju tido baru nenek dia belikan. Ramai gile orang saya nak beli mee kuah ketam sedap ke ek? Saya elergik ketam meh, tak bole makan. Dah ada kat penang wajib la beli laksa penang kan, tapi hampes kuah cair gile, sedap lagi saya wat sendiri hehehe… Jeruk!! i like hehehe… Ha ni la dia menatang yang saya tunggu-tunggu. hahahah… Belut, sekilo RM15 saya beli 2 ekor RM12 amek yang beso-beso. hehehe… Sure korang geli kan tengokk belut ni dah rupa ular pon ada.

Saya suh orang jual tu siang siap-siap terus potong-poyong balik umah tinggal letak garam kunyit je. Tapi sebelum tu kena cuci ngan air asam jawa dulu sebab belut ni berlendir-lendir macam ikan keli gak. Belut goreng dah siap hidangan untuk dinner. hehehe… Agak hitam jadinye belut ni maybe sebab saya guna banyak sangat asam jawa masa nak basuh tu. Kat rumah Nur ni, semua makan belut kecuali Nur hehehe… Dia memang tak makan, amrul, damia semua makan.

Korang makan tak belut ni?? sedap tau..serius rasa dia ala-ala ikan keli. Kalau kat KL susah tau nak cari restoran ada jual belut, saya dah jumpe satu kat gombak & lagi satu kat kajang kedai Ali hehehe… Sape-sape nak makan Belut Goreng Berempah pegi la kedai Ali.

Bahan-bahan:

  • 300 gm – belut-dipotong pendek
  • 1 sdb – serbuk kari ikan garam secukup rasa
  • 1 sdb – cili kering kisar 1 sdb.bawang merah kisar
  • 1 sdk – serbuk kunyit
  • 1 sdk – serbuk cukup rasa Maggi
  • 1 labu bawang besar – potong bulat cili padi-potong halus.

Cara membuatnya:

  • Bersihkan belut yang telah di potong dan masukkan ke dalam bekas.
  • Tambahkan sedikit garam,serbuk kunyit,serbuk kari ikan,cili kering kisar,serbuk cukup rasa dan bawang merah kisar.
  • Gaulkan hingga rata kemudian perap selama 15 min.
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng belut perap tadi hingga garing.
  • Tambahkan bawang besar dan cili padi.
  • Gaulkan dalam kuali sebentar hingga rata, bila siap bolehlah dihidangkan.

Bagaimana resepi ikan keli goreng berlada tadi, mudah bukan?… Selamat mencuba!!!…

Read More: Resepi Belut Paprik Sedap dan Mudah

Resepi Belut Goreng Berempah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *