Assalamu’alaikum…

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap – Kembali bersiaran,alahai…tuan rumah ni asyik menyepi jer. Kejap ada, kejap tak. hehe…yalah kan, begitulah lumrah berblogging, yang sentiasa ada pasang surutnya. Namun, syukur sangat-sangat, saya masihh dapat berkarya sehingga sekarang. Terima kasih juga atas sokongan anda semua. Saya terharu kerana masih ada yang sudi berkunjung dan meninggalkan jejak di sini biarpun ada kalanya komen-komen yang diberikan tak sempat dibalas dan mungkin juga terlepas pandang. Maaf sekali lagi. Saya insan biasa yang serba kekurangan.

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap berasal dari negara Thailand . Bahan penting dalam masakan ini ialah sos ikan, sos tiram dan daun limau purut, inilah tips yang paling penting yang saya dapat dari tukang masak Thai, tanpa ketiga-tiga bahan wajib ini masakan ini takkan merasa “kick”nya.

Pedas, masam dan aroma lazat dari limau purut adalah sebab mengapa Paprik Ayam ini adalah masakkan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama. Simple, sedap dan cepat untuk disediakan. Selamat mencuba. Jom…

Resepi Lainnya: 

Bahan-Bahan:

  • 2 keping dada ayam, hiris nipis
  • 4 biji cili padi, diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah, dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia, hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar, hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • Garam sedikit
  • Kicap manis sedikit

Bahan Sayuran:

  • 2 biji putik jagung, dihiris
  • 2 tangkai kacang polong, dihiris pendek
  • Bunga kobis, dipotong kecil
  • 1/2 biji karot, dihiris memanjang

Cara Memasak Ayam Paprik Ala Thai:

  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
  • Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
  • Masukkan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.
  • Kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
  • Akhir sekali, bila dah masak angkat.
  • Hidangkan bersama nasi panas.

Bagaimana mudah kan Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap yang saya nak kongsi ini?… Terima kasih kawan-kawan sudah mahu berkunjung di blog saya yang sederhana ini.

Read More: Resepi Ikan Bilis Goreng Masak Kicap yang Mudah dan Ringkas

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *