Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Utara Simple Tapi Sedap – Selalu macam tu kan…tekak orang utara susah betul nak appreciate makanan orang selatan. Bukan nak cakap orang lain, nak cakap laki kita yang lidah sungguh berlagak. Alejik tempe kunun. Kalau dapat bini mithali ikut cakap laki boleh kot. Ini dapat saya yang jenih tak koser tak layan tekak dorang. Apa yang saya masak dan hidang nak makan. Silakan makan sayang, tak nak sudah, tak dernya nak stress-stress dengan melayan tekak dorang ni.

Bila orang utara belah-belah perak, nak masak lemak, tempoyak. Kalau belah belah kedah, kari, laksa. Kalau selatan pulak, laksa laksa tak men (loghat kedah), asyik asyik dok balun asam pedas. Saya tak da, saya masak tempe, satu rumah kena makan. Saya masak asam pedas laki saya tak berapa nak suka tu pun kena makan. Saya buat sambal belacan, khairi yang tak makan pedas itu kena tahu jugak apa tu sambal belacan.

Tapi kalau kari rumah saya, memang laku..namun disebabkan saya hanya bahagia kalau dapat masak kari kepala ikan, sedangkan anak-anak melarang katanya tak elok nanti otak jadi bodoh dan mudah lupa maka saya lupakan terus menu kari kepala ikan daripada hidup saya.Tapi saya boleh berbangga sekarang sebab asam pedas saya masak dah jadi peberet laki. Meh saya bagi resepi asam pedas saya yang sungguh umphhh!!! Jom kita layan resepinya dibawah…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan tenggiri (atau apa-apa jenis ikan)
  • 7 tangkai cili kering
  • 1″ kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa dan perasa jika suka
  • 4 gelas air
  • 5 biji bendi
  • 2 potong nenas

Cara-cara Membuat:

  • Blend cili kering,bawang merah,bawang putih, kunyit dan belacan sampai hancur.
  • Masukkan air dalam periuk dan bahan yang di blender tadi bersama daun kesum, asam keping dan bunga kantan bunga kantan yg dah siap dibelah 2.
  • Rebus hingga air sedikit didih.
  • Bila dah didih masukkan ikan, nenas dan bendi
  • Masukkan garam dan kacau sekali lalu.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah sajian dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat mencuba:

Read More: Ikan Siakap Kukus Lada Hitam Paling Mudah dan Sedap Terkini

Resepi Asam Pedas Utara Simple Tapi Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *