Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Kepala Ikan Salmon Sedap dan Simple – Semalam anak saya Aisyah yang meminta dibelikan ikan salmon dan bila ditanya nak dimasak apa dengan ikan salmon, dia terus menyebut asam pedas. Saya dah banyak kali memasak asam pedas dan resepinya pun dah beberapa kali saya postkan. Aduhai semua barang naik harga, rasanya terutama dengan musim Tahun Baru Cina yang akan menjelang beberapa hari lagi. 2 keping ikan salmon ini dah berharga hampir RM30. Tapi dek memikirkan permintaan anakanda, my Laling Hubby tak keberatan membelinya.

Pagi tadi saya bangun pagi pagi terus menggunting cili kering, rendam, rebus dan akhir sekali blend. Saya memang kena sentiasa ada cili kisar dalam peti sejuk. Kalau tak ada, alamak malas lah sikit nak memasak apa apa resepi yang menggunakan cili kisar. Lepas tu, saya potong dan kupas bawang putih, bawang merah, halia dan lain lain bahan diperlukan. Blend semuanya sekali. Lepas tu, minta hubby ke belakang rumah, memetik beberapa tangkai daun kari. Sila layari juga channel youtube klik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ikan salmon ataupun apa-apa jenis ikan
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 100gm cili kering yg dikisar
  • 3 tangkai daun kesum
  • 2 batang serai diketuk
  • 4 biji kacang bendi
  • 3-4 ulas bawang putih dikisar
  • 2 biji bawang besar dikisar
  • 1cm halia dikisar
  • 2cm kunyit hidup dikisar
  • 1cm lengkuas dikisar
  • 1cm belacan dibakar
  • 1 kuntum bunga kantan dihiris 2
  • 2 biji buah tomato dipotong 4
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  • Tumis bahan-bahan yg dikisar bersama cili kering yg dikisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan air, asam jawa, bunga kantan, daun kesum, serai, dan belacan.
  • Setelah mendidih, kacau sebentar dan masukkanbunga kantan, ikan salmon, kacang bendi,buah tomato dan garam secukup rasa.
  • Bolehlah dihidangkan.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Asam Pedas Kepala Ikan Salmon Sedap dan Simple ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Cara Buat Ikan Bawal Sambal Hijau Sedap dan Simple

Resepi Asam Pedas Kepala Ikan Salmon Sedap dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *