Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Ikan Talapia – Selamat malam buat semua pengunjung-pengunjung blog saya ni. Rase nak update sesuatu tapi takde idea menarik. So, hari ni kite share resepi jek la ye. Saya bukanla chef memasak yang terkenal tapi takde la sampai tak tau masak langsung. Rase sedap kat anak tekak aku, aku cuba share same la ye.

Kalau belum cuba lah dengan asam pedas dari dapur resepimasakikan ni. Ikan yang saya gunakan ikan talapia merah. Sewaktu ke pasar minggu lepas,abang yang biasa saya beli ikan tu promote suruh saya beli ikan talapia merah yang di datangkan khas dari kolam ikan ternakannya yang mana kolam tu menggunakan air gunung sebagai sumber air di kolamnya.

Okey, jom kite nengok bahan dan cara masak berikut ni.

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia merah/putih 1 ekor – dipotong dua
  • 1 biji bawang besar / 3 bj bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • 1 cm kunyit hidup* (kalau tak de kunyit hidup, kunyit serbuk pon boleh la letak 1/2 sudu teh)
  • 1cm belacan*
  • 1/2 sudu teh jintan putih**
  • 1/2 sudu teh ketumbar**
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 keping asam keping
  • Bunga kantan – hiris kasar
  • Daun kesum – hiris kasar
  • Garam, gula dan perasa (sedikit)
  • Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-caranya:

  • Bahan bertanda * diblend separa halus, Jangan halus sangat..biar rasa biji-biji sket..
  • Bahan bertanda **di blend halus guna blender kering.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan blended **. Bior seminit dan masukkan bahan blended* bersama serbuk kunyit (sape yang tak pakai kunyit hidup)
  • Tumis sampai wangi.
  • Masukkan ikan dan terbalik-terbalikkan biar dua-dua belah sama masaknya.
  • Masukkan air sampai ikan tenggelam. Masukkan asam keping.
  • Masukkan daun kesum, bunga kantan, gula, garam dan perasa. Actually, mama ni jenis masak tak pakai perasa (pak aji). Tapi untuk asam pedas ni kena jugak letak sikit untuk meningkatkan aromanya. Tapi pada sesiapa yang alergik perasa, tak yah masuk pon tak perla cuma kurang kick rasanya nanti.
  • Tunggu ikan masak dan asam keping kembang. Kalau asam tak kembang, masamnya belum keluar. So bagi dia kembang dulu.
  • Rasakan masin, manis dan masamnya, adjust mana perlu.
  • Boleh hidang dan makan.
  • Baca bismillah dulu jangan lupa.

Saya ikut petua mak saya. Nak menentukan kesedapan masakan kita adalah keseimbangan garam, asam dan gulanya. Yang ni saya pakai campak-campak je. Tak de sukatan. Asam pedas ini sesuai juga untuk sebarang jenis ikan. Ikan kerisi boleh, pari boleh, kembung, ikan uji rashid pun boleh…..

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa Paling Simple

Incoming search terms:

Resepi Asam Pedas Ikan Talapia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *