Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang yang Sangat Sedap – Saya harap kawan-kawan semua sihat dan ceria-ceria selalu. Sejak dua tiga hari ni memang saya tak berapa sihat. Mulanya jaga anak yang demam, batuk dan selsema 4 hari tak sekolah sebab tak sihat. Bila dah sihat berjangkitlah pulak kat bondanya. Adoyai… pening kepala berdenyut-denyut, hidung sumbat dan tekak perit sangat. Masa ni barulah menghargai kesihatan yang Allah beri selama ini. Bila tak sihat ni kita terasa nikmat tu di tarik sedikit. By the way penyakit itu adalah penghapus dosa. Moga pas ni saya beransur sihat dan dapat menjalankan tugas seharian seperti biasa.

Okey… kali ni nak kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang yang Sangat Sedap. Sebelum ni saya memang tak pandai nak makan ikan ni sebab kulitnya yang hitam dan licin macam ikan keli tu. Masa anak dara dulu, puas mak pujuk suruh makan, memang saya tak makan punya, sian mak dah masakkan saya tak makan. Sebabnya geli kulitnya yang hitam tu, klakor jek. Bila dah berumur ni, selera pulak makan ikan macam ni.

Masa ni baru tau nikmat dan sedapnya ikan-ikan macam ni. Anak-anak pun saya suruh makan dan jangan terlalu memilih, apa yang bonda masak mestilah makan. Alhamdulillah anak-anak tak kisah, yang penting dari air tangan bondanya sendiri pasti berselera. Lagi-lagi anak, lauk beli memang takmo kalau beli siap suruh bondanya goreng telur pun jadilah, janji mama masak sendiri. Adoyaii… anak-anak kalau bercuti 3-4 hari tu, siaplah dia membebel asyik beli je. Balik nanti bonda masak taw masak untuk 3-4 hari yang bercuti tu tak terjawab kita di buatnya.

Hari ni saya masak asam pedas, kiranya lauk kegemaran saya tapi bila tak sihat ni, takdelah makan bertambah-tambah macam biasa. Makan ala kadar je buat alas perut. Resepi ni macam resepi sebelum ni, ringkas dan sememangnya sedap. Jom semak resepinya bawah ni ye… 🙂

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan sembilang saiz sederhana
  • 1 pokok sedehana sawi jeruk
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 1 genggam daun kesom
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • 1/2 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar halus:

  • 12 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 12 biji halba

Cara-cara membuat:

  • Ikan sembilang disiang, buang bahagian isi perut dan insangnya. Kerat pada beberapa bahagian.
  • Cuci bersih, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum dan jus limau nipis (1 biji limau nipis).
  • Perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan.
  • Sawi jeruk dipotong kecil, cuci dan toskan. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, lada hitam tumbuk dan kacau rata. Masak hingga naik minyak. Tuang air (anggaran 1 liter),
  • kacau rata dan biarkan mendidih.
  • Masukkan jus asam jawa dan sawi jeruk. Kacau dan masak sekejap.
  • Masukkan ikan sembilang, kacau perlahan, tambah bunga kantan dan daun kesom. Biarkan mendidih.
  • Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  • Kacau perlahan dan masak sekejap, Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan ulam-ulaman. Pastu tambah berselera…

Semoga bisa bermanfaat apa yang telah dikongsikan kali ni. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Ikan Cencaru Masak Sambal Simple yang Wajib Cuba

Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang yang Sangat Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *