Assalamu’alaikum…

Harap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu. Dah lama sangat tak berkongsi resepi masakan. hehee… Ok, kali ni nak kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang Yang Mudah Dan Sedap. Sebelum ni saya memang tak pandai nak makan ikan ni sebab kulitnya yang hitam dan licin macam ikan keli tu. Masa anak dara dulu, puas mak pujuk suruh makan, memang saya tak makan punya..sian mak dah masakkan saya tak makan. Sebabnya geli kulitnya yang hitam tu.

Bila dah berumur ni, selera pulak makan ikan macam ni. Masa ni baru tau nikmat dan sedapnya ikan-ikan macam ni. Anak-anak pun saya suruh makan dan jangan terlalu memilih, apa yang mama masak mestilah makan. Alhamdulillah anak-anak tak kisah, yang penting dari air tangan ibunya sendiri pasti berselera.

 

Hari ni saya masak asam pedas, kiranya lauk kegemaran saya. Tapi bila tak sihat ni, takdelah makan bertambah-tambah macam biasa. Makan ala kadar je buat alas perut. Resepi ni macam resepi sebelum ni, ringkas dan sememangnya sedap. Jom semak resepinya.

Resepi Lainnya:

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan sembilang seberat 600 gram – Bersihkan dan potong 6 bahagian
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 kuntum bunga kantan – Belah 4
  • 3 biji tomato merah – Cincang
  • 1 biji timun – Potong 3 dan belah 6
  • 4 sudu serbuk rempah kari ikan
  • 1 sudu teh pati asam jawa
  • 3 cawan air
  • Minyak
  • Garam / Perasa pilihan

Bahan Kisar:

  • 10 biji cili kering
  • 3 biji bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 1/2cm belacan
  • 1 1/2cm halia
  • 1 1/2 kunyit hidup

Cara Membuat:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama tomato cincang dengan api sederhana panas sehingga pecah minyak dan tomato hancur.
  • Masukkan serbuk rempah kari. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Biarkan sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan pati asam jawa, ikan sembilang, dan daun limau purut serta bunga kantan.
  • Didihkan dengan api sederhana perlahan sehingga ikan sembilang masak.
  • Perasakan dengan garam atau perasa pilihan.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jika suka boleh tambah terung, bendi, sawi jeruk atau tomato. Terpulang pada kegemaran masing-masing. Mana yang guna serbuk perasa tu, boleh juga dicampakkan dalam 1/4 camca teh.

Mudah dan senang je kan cara buatnya? Jangan lupa untuk share juga ke semua kawan-kawan. Selamat Mencuba.

Read More: Kari Ikan Tanpa Santan Paling Sedap dan Menyelerakan

Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang Yang Mudah Dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *