Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Ikan Salmon Simple – Masak Asam Pedas ni saya pernah tengok isteri kawan suami saya masak. Masa tu dia jemput suami saya, dan juga beberapa orang lagi kawan untuk makan tengah hari kat rumahnya di Taman Tasek Prima Puchong. Saya sengaja datang awal coz suami saya kata nanti boleh lee tolong dan memang masakan Asam Pedas Melaka Ikan Merah yang dibuat amat sedap.

Pendek kata menjilat jarilah siapa yang makan masa tu. Saya ni pulak pantang rasa benda sedap, pasti saya akan balik dan terus masak menu yang sama tetapi cubaan saya pastinya ikan lainlah. Hahahaaa… Nak tahu apa saya masak, sudah tentu Masak Asam Pedas Melaka Ikan Salmon, klas gitu tengah gila ikan Salmonlah katakan.

Ha dok sini tak ada pilihan ikan yang fresh. Kalau nak makan ikan fresh ikan salmon dan seangkatan dengannya saja ada. Ikan apa tu, tak tau namalah pula. So, macam-macam dah saya masak dengan ikan salmon ni. Tapi memang sedap lemak-lemak gitu. Kalau kita masak berkuah macam ni dia akan keluarkan minyak ikan. So, bila masa tak perlu letakkan minyak yang banyak.

Ok resepi sure semua dah tau kan? masakkan yang simple jer ni cuma maybe cara memasak jer yang berbeza. So jom kita tengok resepi style saya pula. Ok apa-apapun jom kita masak dulu.

Bahan-bahan:

  • 2 ketul Ikan Salmon
  • 1 batang bunga kantan (dibelah dua)
  • 1 batang Serai (diketuk)
  • Sedikit daun kesum (anggaran segengam)
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:

  • 5-6 biji bawang kecil/1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 5-6 sudu cili boh/6-7 biji cili merah (mengikut kehendak sendiri)

Bahan perasa:

  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 sudu teh jntan manis/halus
  • 1 -2 sudu teh garam
  • 1 camca besar gula

Cara membuat:

  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  • Masukan air asam dan 3-4 cawan air dan renihkan sebentar hingga kuah menjadi pekat.
  • Masukan bahan perasa dan kacau.
  • Masukan ikan dan masak selama 4-5 minit dan masukan daun kesum, serai dan bunga kantan.
  • Renih hingga ikan menjadi lembut.
  • Setelah matang, angkat dan hidangkan.

Aduhaaiii… sedap nyerrr asam pedas ikan salmon ni !!!…

Nota:

Pekena dengan nasi panas, telur dadar dan sambal belacan, memang berkali kali makan bertambah.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Sotong Bakar Cepat, Simple Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Salmon Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *