Assalamu’alaikum…

Selamat pagi kawan-kawan saya semua, semoga sentiasa sihat dan bahagia. Mungkin tak ramai yang gemarkannya kerana penyediaannya yang rumit selain dari baunya yang hanyir. Sebut sahaja ikan patin, resepi yang paling sinonim dengannya ialah Asam Pedas Ikan Patin.

Resepi asam pedas pula memang terkenal di Melaka, kerana kuah asam pedasnya yang merah menyala dan betul-betul pedas. Berbeza pula dengan asam pedas Kelantan. Kuahnya yang agak jernih sedikit dan rasa pedasnya mungkin kurang pedas. Bagi saya, kalau pedas yang melampau ni, langsung tak boleh makan. Jadi, bila kita masak sendiri boleh kita tentukan tahap kepedasan yang kita nak tu.

Okey… berbalik pada asam pedas ikan patin. Resepi ni memang febret suami dan keluarga. Bonda saya sekarang ni pun, suka sangat masak asam pedas ikan patin ni kerana abah dan adik-adik amat gemarkannya. Kalau ada asam pedas ikan patin ni, dorang mesti makan bertambah punya la..hehehe… Jom la, saya kongsikan resepi asam pedas Kelantan yang simple tetapi sedap.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan patin – potong dan bersihkan dengan asam keping @ asam limau

Bahan A (ditumbuk @ kisar):

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia

Bahan B:

  • 1 batang serai dititik
  • Daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 4 sudu besar cili kering mesin
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
  • Sedikit belacan (jika mahu)
  • Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang

Cara-cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak, masukkan bahan yang bertumbuk tadi, tumis hingga naik bau.
  • Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  • Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air, boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi, biar mendidih.
  • Masukkan ikan, garam dan gula, biar hingga ikan masak.
  • Jika rasa dah cukup, tutup api, siap untuk dihsayangkan bersama nasi putih.

Tips:

  1. Petua hilangkan hanyir ikan patin. Ikan patin di potong dan dibasuh. Kemudian lumurkan dengan air asam jawa.
  2. Boleh jugakan gantikan asam jawa dengan asam keping/asam gelugor. Tapi untuk rasa masam yang ‘kick’ saya lebih suka guna asam jawa.
  3. Asam pedas ikan patin sangat sedap dimakan bersama ulam-ulam, budu @ sambal belacan. Pasti menyelerakan.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ni?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut rakan-rakan semua. Jika masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah saya sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Resepi Asam Pedas Asli Johor yang Mudah dan Paling lazat

Resepi Asam Pedas Ikan Patin Stail Kelantan yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *