Assalamu’alaikum…

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah masak ke belum? Apa menu hari ini ya. Hari ni saya masak asam rebus ikan bersama nenas. Biasanya lauk macam inilah yg menjadi kegemaran suami saya. Kalau makan, maunya bertambah-tambah nasi, kena pula kalau ada ulam-ulaman, emang tak toleh orang sebelah. hehee… Resepi asam rebus ni biasa je macam asam rebus yang lain, cuma saya gantikan pada cili padi dan cili merah, di tambah pula dengan hirisan nenas madu, waduh memang sedap sangat. Okey…lah mari kita lihat resepinya. Kalau teringin tu, bolehlah mencubanya. Boleh gunakan apa-apa jenis ikan kegemaran anda semua. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Asam pedas versi saya memang merah dan pekat tetapi ia langsung tak pedas!! Bahkan anak saya boleh menghirup kuahnya. Saya tidak suka asam pedas yang terlalu pedas kerana ia akan mengganggu konsentrasi saya untuk mengecapi keenakkannya.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung atau selar besar
  • 1/2 biji nenas madu yang masak ranum
  • 1 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1 genggam daun kesom
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk:

  • 8 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cm hirisan lengkuas
  • 1/2 cm hirisan halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 cm belacan
  • 1/2 camca teh lada hitam biji

Cara Membuatnya:

  • Ikan disiang, cuci bersih dengan perahan jus lemon dan garam, toskan. Kalau ikan besar kerat dua. Nenas dibelah, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
  • Dalam periuk, panaskan kurang lebih 1/4 cawan minyak dan tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  • Kemudian masukkan nenas dan kacau goreng hingga nenas sedikit lembut. Tuang air (kurang lebih 700ml) atau mengikut keperluan. Biar mendidih.
  • Masukkan ikan dan bila mendidih, yuang jus asam jawa dan garam dan sedikit gula. Masak 2 – 3 minit hingga ikan masak.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat.

Petua untuk Membuat Asam Pedas yang Sedap:

  1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
  2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
  3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana rasanya tak sedap)
  4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi Likopen ( antioksida ).
  5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
  6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
  7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
  8. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Acar Ikan Masin Ringkas dan Lazat Terkini

Resepi Asam Pedas Ikan Bersama Nenas Paling Sedap yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *