Assalamu’alaikum… Selamat petang semua…

Pernah makan Acar Ikan Masin???…Rasa saya mesti ramai yang pernah mencuba. Sekarang ni kan dah ada yang jual produk acar ikan masin yang dibotolkan. Saya pernah buat sekali dulu. Dan hari ni che mat buat sekali lagi menggunakan resipi yang sama cuma ikan sahaja yang berbeza.

Kali ni cuba guna ikan talang masin. Untuk mengelakkan rasa masin terlampau, saya rendam lama sedikit dalam 2 jam macam tu. Resepi saya dapat dari sahaba Facebook Fardiani Aisyah Nur Afifah dan tau kah anda beliau tu memang sangatlah pandai dalam mencipta masakan ni.

Bila sebut acar ikan masin, mesti ada yang tanya, boleh simpan lama ke?…Insha Allah boleh dan anda kenalah tumis rempah dia dengan minyak yang lebih sedikit. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam botol, pastikan ia tenggelam sedikit dalam minyak yang anda guna untuk menumis rempah. Kalau nak makan cecok isi saja lah, jangan dikaut sekali dengan minyak acar, lepas tu komplen…eeeee berminyaknya, macam mana nak makan ni…part ni tak boleh nak salah kan siapa-siapa, kalau sendiri yang dah bingai…jadi gunakan akal ok.

Satu lagi acar ikan masin ni sedikit manis, yang ni terpulang pada citarasa anda, kalau suka manis, letak lebih sikit gula, kalau suka manis-manis buah boleh kurangkan gula. Macam tu juga dengan garam, jangan lambak banyak-banayak terus, letak sikit dulu, kemudian rasa, kalau perlu baru tambah lagi…boleh faham tak?….Kalau ok, meh sini saya kasi tulis resipi…

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
  • 3 camca besar cuka makan (JALEN)
  • 1 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
  • 2 tangkai daun kari, dilurutkan
  • Garam secukup rasa
    1/4 cawan air

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan Rempah:

  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 3/4 camca teh halba
  • 1 camca teh biji sawi

Cara Membuatnya:

  • Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang-kurangnyanya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit.
  • Kemudian toskan dan biar kering sekejap.
  • Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan.
  • Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan).
  • Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing.
  • Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
  • Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam.
  • Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  • Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
  • Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula.
  • Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

Note:

Ketika memasak lebihkan sedikit minyak masa menumis agar acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol. Bagaimana resepi acar ikan masin kurau yang saya share ini mudah sahaja kan???… 

Selamat mencuba…

Read More: Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli

Resepi Acar Ikan Masin Sedap yang Mengusik Lidah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *