Assalamu’alaikum…

Hai… apa khabar semua, sehat ke? Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Acar Ikan Masin. Menu ini sangat sesuai untuk dihidangkan di bulan puasa, kerana sangat sedap menjadi pembuka selera bila berbuka puasa.

Acar ikan masin boleh gunakan ikan talang, ikan merah, atau ikan kurau. Tapi saya menggunakan 200 gram ikan talang masin dan bila masih ada rasa lemak-lemak masin te ape lah kan dah namapun ikan masin. Sila layari juga cahnnel youtubenya klik di SINI.

Sebenarnya, saya bercadang untuk berkunjung ke rumah kawan dan kemarin dapat mesej dari rakan yang berada di johor, katanya elok-elok bawa sambal. Terfikir juga nak buat apa. Saya perlu buat makanan yang boleh tahan lama dan teringat acara ikan masin ini.

Nak kata jujur ikan masin ni sedap sangat sebab ada rasa lemak-lemak masin dikit dan manis. Bila anda ingin menyimpannya boleh masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Jom kita layan resepi acar ikan masin di bawah.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
  • 3 camca besar cuka makan (JALEN)
  • 1 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
  • 2 tangkai daun kari, dilurutkan
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan Rempah:

  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 3/4 camca teh halba
  • 1 camca teh biji sawi

Cara Membuatnya:

  • Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit.
  • Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan.
  • Bahan-bahan rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan-bahan kisar halus dan masak hingga garing.
  • Tambah bahan-bahan rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
  • Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam.
  • Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api.
  • Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula.
  • Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Acar Ikan Masin ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu dan rakan-rakan di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Goreng Bersos Sedap dan Istimewa

Resepi Acar Ikan Masin Sedap dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *