Assalamu’alaikum…

Pulut Panggang Versi Terengganu yang Wajib Cuba – Bersua lagi di hari Minggu yang penuh keceriaan nie. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dapatlah saya berkongsi lagi resepi-resepi di blog kesayangan bersama kawan-kawan tersayang.

Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan sekalian yang tak jemu-jemu datang berkunjung ke blog saya walaupun saya sendiri tidak dapat membuat kunjungan balas kesemua blog kawan-kawan. Harapnya takde yang berkecil hati ye. Kalau ada tu, saya mohon maaf sangat-sangat.

Hari ini saya nak berkongsi resepi Pulut Panggang Versi Terengganu atau lebih dikenali sebagai Pulut Lepa di Terengganu. Istimewanya Pulut Lepa ini ialah kerana intinya diperbuat daripada isi ikan yang dimasak dengan santan dan lain-lain ramuan.

Resepi inti ini juga boleh digunakan untuk membuat Paung Ubi/Pulut dan juga Tembosa Ikan. Semuanya kuih-muih yang hanya boleh didapati di Terengganu. hehehe… 😉 Okey lah… mula-mula kita sediakan dulu intinya yer…

Artikel Lainnya:

Inti Sambal Ikan:

  • 4 ekor ikan selayang @ sardin ( direbus dengan asam keping dan garam)
  • 8 biji cili kering( dibuang biji)*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 1/2 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar santan pekat (KARA)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Yang bertanda (*) dikisar halus

Cara-caranya:

  • Tumbuk isi ikan rebus, ketepikan.
  • Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak, masukkan santan pekat.
  • Bahan tumisan dah nmpk nk kering airnya, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Masak api perlahan, sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai. Sejukkan.
  • Inti sambal ikan ni ada lebih, boleh buat untuk sukatan 4 cawan pulut.
  • Sambal wajib rasa manis-manis sikit baru sedap.

Bahan Pulutnya:

  • 2 cawan beras pulut (basuh dan rendam 2 jam).
  • 1/2 cawan santan pekat (KARA).
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 4-5 sudu besar gula pasir.
  • 1 1/2 sudu kecil garam halus.
  • Daun pisang secukupnya (dilayur sekejap dan lap bersih).
  • Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak.

Cara-caranya:

  • Kukus pulut selama 30 minit.
  • Satukan santan pekat, minyak, gula dan garam.
  • Kacau sampai gula dan garam hancur.
  • Kemudian kukus lagi 20 minit, siap.

Cara Penyediaan:

  • Sudukan 1 sudu besar pulut di atas daun pisang.
  • Tekan guna daun pisang bagi rata.
  • Letak 2 sudu kecil inti.
  • Kemudian gulung kemas, cucuk lidi.
  • Kalau takde lidi, stapler je…
  • Lumur sedikit minyak di daun pisang sebelum panggang.

Faedah Beras Pulut:

  1. Kaya Dengan Pelbagai Vitamin; Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, dan B6, vitamin terserap air dari kumpulanB-kompleks. Vitamin-vitamin nie berperanan penting menyihatkan penglihatan menghasilkan hormon dan amat berguna pada sistem saraf dan fungsi metabolisme tubuh.
  2. Menghilangkan Kesan Parut; Menghilangkan kesan parut luka dan memutihkan wajah serta badan.
  3. Menyegarkan Kulit; Membantu memulihkan kulit yang pucat dan kusam untuk kembali segar.
  4. Membekalkan Oksigen; Kandungan zat di dalamnya membekalkan oksigen kepada sel-sel darah merah.
  5. Menghaluskan Kulit Wajah; Menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati serta menghaluskan kulit wajah.

Sekian dulu yang dapat saya kongsikan kali ni. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba… 😉

Read More: Gulai Ikan Cencaru Masin dan Nenas Bersama Faedahnya

Pulut Panggang Versi Terengganu yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *