Assalamu’alaikum…

Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar Paling Sedap – Anda makan tempoyak tak? Sesetengah orang tu durian dia makan tapi tak makan tempoyak. Ada juga yang semua tak makan. Rugi anda tak makan tau! Sedap sangat masakan tempoyak ni. Versi memasak menggunakan tempoyak ni pun ada banyak cara. Memang berbeza kalau cara masakan orang Pahang dan orang Perak.

Yang sayal tahu, kalau orang Pahang memasak masakan tempoyak ni memang simple. Tak menggunakan bahan-bahan seperti bawang dan serai. Cukup gunakan cili padi, tempoyak dan daun kesom. Disebabkan pernah membesar di Pahang, jadi saya lebih sukakan resepi dan cara masakan Pahang.

Resepi yang saya nak buat ni memang popular di Pahang. Saya pertama kali cuba buat masakan Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar ni. Ni pun hasil cadangan dari Cik Hanan tadilah. Ngomong-ngomong, ada tak orang Pahang yang tak makan Patin ni? Nak tahu macam mana nak buat pais tempoyak ikan patin ni, jom tengok resepi kat bawah ni ya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan patin saiz sederhana di bersihkan dan di kelar-kelar… tak payah potong ye..just buang perut jek
  • 2 ulas bawang merah
  • 5 ulas cili kecik – saya taruk lebih sebab nak pedas
  • Sebatang serai di hiris halus
  • Sedikit halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3-4 sudu besar tempoyak baru – jangan la guna tempoyak yang da lama tu masam tak sedap tau…
  • 2 helai daun kunyit
  • Bunga kantan dihiris halus – yang nie kalau tak depon takpe…resepi asal tak letak
  • Daun kesum di hiris – yang nie pon sama..resepi asal takletak

Cara membuat:

  • Tumbuk cili+bawang+serai+halia+ kunyit+garam.
  • Gaulkan dengan tempoyak.
  • Lumurkan di keseluruhan ikan.
  • Taburkan bahan hiris.
  • Balutkan dengan daun kunyit.
  • Balut sekali lagi dengan daun pisang kalau nk lebih berkuah balut dengan aluminium foil.
  • Boleh di bakar atau dikukus hingga masak- resepi asal memang bakar tapi aku selalu kukus coz rempah dia xlah kering dan sedap di makan..kalau bakar dia kering sket.

Tips:

  1. Untuk mendapatkan tekture Pais Ikan yang menarik dan berbau wangi apabila siap dimasak adalah bergantung kepada pemilihan ikan yang segar a.k.a baru naik dari laut.
  2. Untuk memilih ikan pastikan insang ikan masih belum berwarna merah kelebaman dan mata ikan juga tidak merah. Basuh dan bersihkan isi perut ikan kemudian toskan airnya.
  3. Boleh gunakan daun kunyit dan juga daun pisang untuk balut ikan. Lepas letak daun kunyit, balutkan dengan daun pisang.
  4. Garam adalah optional bergantung kepada rasa tempoyak yang ands guna. Kalau tempoyak dah masam dan masin, tak perlu tambah lagi garam.
  5. Cili padi boleh kurangkan untuk yang tak suka makan pedas.
  6. Boleh bakar guna arang, tudung periuk ikut suka anda. Saya guna kuali ajaib senang!

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai

Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *